Home Food & Beverages Berani Buat Keputusan Dari Seorang Kerani Kini Tauke Restoran Ala Thai, Pendapatan...

Berani Buat Keputusan Dari Seorang Kerani Kini Tauke Restoran Ala Thai, Pendapatan Berganda-ganda

212
0

Oleh: Ain Fatini

KULAI – Menu-menu masakan Thai di kalangan rakyat Malaysia bukan lagi suatu masakan yang asing. Kebanyakan dari kita pernah merasa masakan ini dan terus menjadi kegemaran makanan harian rakyat Malaysia. Antara menu masakan Thai yang ada di negara kita ialah Tomyam Seafood, Tomyam Thai, Somtam dan lain-lain.

Restoran Tomyam Thai Ani, merupakan sebuah restoran yang tidak lagi kedengaran asing bagi penduduk tempatan di Kulai. Semua ini disebabkan masakan mereka yang enak dan juga harga yang sangat berpatutan jika mahu dibandingkan dengan restoran Thai yang lain. Setiap hari, restoran ini tidak akan pernah sunyi kerana mereka akan menerima pelanggan yang ramai tanpa mengira kaum dan agama.

Pengusaha restoran ini, Puan Saripah binti Zakaria yang dahulunya seorang kerani lalu disebabkan minat dan ‘passion’ beliau yang mendalam dalam bidang masakan, beliau memutuskan untuk membeli perniagaan dari teman beliau dan kini, beliau berjaya menjana keuntungan yang banyak dalam masa 2 tahun. Usia beliau yang sudah menjangkau 50 dekad tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk menyelami bidang masakan dengan mengusahakan sebuah restoran Thai.

Puan Saripah berkata, kebanyakan bahan yang beliau perolehi untuk pelanggan merupakan bahan-bahan yang segar terutamanya barang-barang basah seperti ikan dan ayam. Ini menjadi suatu keunikan restoran ini kerana kebanyakannya usahawan tidak mengambil berat soal kualiti bahan yang hendak dihidangkan kepada pelanggan.

Disebabkan bahan-bahan beliau yang segar, antara menu yang menjadi tarikan utama di restoran ini ialah Ikan Siakap Tiga rasa. Harga yang diletakkan sangat berpatutan dengan saiz ikan tersebut iaitu sekitar RM35 – RM40 mengikut saiz. Kebanyakan pelanggan akan memesan ini bersama kangkung belacan dan nasi putih.

Selain dari ikan siakap tiga rasa, antara lain yang menjadi kegemaran ialah tomyam ‘seafood’ yang menjadi simbolik lauk-pauk rakyat marhaen di negara kita. Kebanyakan warga Kulai tidak akan memilih restoran yang lain kerana ini merupakan satu-satunya restoran Thai yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan saiz hidangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.