Home MN BizShop

MN BizShop

Tentang MN BizShop

Kedai Anda. Peluang Anda.

MN BizShop ialah platform jualan online milik BS Cemerlang Enterprise, dibangunkan untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memasarkan produk serta mengurus kedai online mereka sendiri.

Kami memahami cabaran peniaga apabila kos pemasaran dan caj platform semakin memberi kesan kepada margin keuntungan. MN BizShop hadir sebagai alternatif berasaskan langganan, dengan ruang untuk peniaga membina kedai, memperkenalkan produk dan berhubung terus dengan pembeli.

Apa yang MN BizShop tawarkan?

Buka kedai online sendiri
Himpunkan produk jualan atau keluaran anda dalam satu kedai supaya pelanggan mudah melihat dan membuat pilihan.

Mudah digunakan
Muat naik gambar, masukkan maklumat produk dan harga, kemudian mulakan jualan.

Berhubung terus dengan pembeli
Urus pertanyaan, pesanan dan urusan jual beli secara terus. Bayaran pembelian dibuat terus kepada penjual.

Notifikasi melalui WhatsApp
Terima notifikasi pesanan melalui WhatsApp bagi memudahkan tindakan susulan kepada pelanggan.

Sokongan hebahan M Niaga Online
MN BizShop dihubungkan dengan medium hebahan M Niaga Online bagi menyokong pengenalan platform dan produk peniaga kepada khalayak yang lebih luas.

Untuk siapa?

MN BizShop sesuai untuk peniaga dari rumah, pengusaha produk tempatan, pengeluar, pemborong serta pemilik kedai fizikal yang mahu mengembangkan jualan secara online.

Mula dengan langkah mudah

  1. Daftar akaun dan pilih pelan langganan yang sesuai.
  2. Lengkapkan maklumat kedai anda.
  3. Muat naik produk berserta gambar, penerangan dan harga.
  4. Kongsikan pautan kedai dan mulakan promosi.

Anda fokus pada produk dan layanan pelanggan. MN BizShop menyediakan ruang untuk perniagaan anda berkembang secara online.

Jom buka kedai anda di MN BizShop!

Ketahui pilihan keahlian dan mulakan pendaftaran melalui pautan di bawah:

๐Ÿ‘‰ DAFTAR & BUKA KEDAI ANDA