Mudahkan Pengurusan Kewangan Bisnes Anda
Hasilkan sebut harga dan invois profesional, rekod pendapatan serta perbelanjaan dan pantau prestasi kewangan bisnes anda dalam satu sistem yang mudah digunakan.
Percuma untuk bermula
Nikmati sebut harga, invois jualan dan rekod pelanggan tanpa had melalui Pelan Free BizTracker.
Tiada kad kredit diperlukan. Tiada tempoh percubaan. Pelan Free boleh digunakan selagi anda perlukan.
Direka Khas Untuk Memudahkan Pengurusan Kewangan PMKS Malaysia
- Mudah digunakan
- Berasaskan cloud
- Akses pada bila-bila masa
- Dokumen PDF profesional
- Sokongan tempatan
- Sesuai untuk pelbagai jenis bisnes
Masih Mengurus Kewangan Bisnes Secara Berasingan?
Ramai usahawan masih menyediakan quotation dalam Word, invois dalam Excel, menyimpan maklumat pelanggan dalam WhatsApp dan merekod kewangan dalam buku atau fail berlainan.
Akibatnya:
- Dokumen sukar dicari
- Rekod pendapatan tidak tersusun
- Perbelanjaan mudah tercicir
- Sukar mengetahui untung atau rugi
- Bayaran pelanggan terlepas pandang
- Banyak masa dihabiskan untuk kerja pentadbiran
BizTracker Menyatukan Semuanya Dalam Satu Sistem
Daripada sebut harga hingga pembayaran, setiap rekod bisnes disimpan dengan lebih kemas, mudah dicapai dan lebih profesional.
Semua Yang Anda Perlukan Untuk Mengurus Kewangan Bisnes
BizQuote — Sebut Harga
Hasilkan sebut harga profesional dengan pantas dan tukarkan quotation yang diterima kepada invois.
BizInvoice — Invois
Cipta, simpan, muat turun dan hantar invois kepada pelanggan dalam format PDF.
BizIncome — Pendapatan
Rekod semua pendapatan bisnes supaya aliran wang masuk lebih mudah dipantau.
BizExpense — Perbelanjaan
Simpan rekod kos operasi dan perbelanjaan supaya anda memahami ke mana wang bisnes digunakan.
BizReport — Laporan
Lihat ringkasan kewangan dan laporan prestasi bisnes berdasarkan rekod yang dimasukkan.
BizCRM — Pelanggan
Simpan maklumat pelanggan dalam satu tempat untuk memudahkan penghasilan quotation dan invois.
Cara Daftar dan Gunakan M Niaga BizTracker
Urus quotation, invois dan maklumat pelanggan dengan lebih mudah. Ikuti langkah berikut untuk bermula.
Langkah 1 — Daftar Akaun
Layari mniaga.com dan klik Register.
Masukkan nama perniagaan, nama anda, e-mel dan kata laluan. Kemudian klik Create Account.
Langkah 2 — Sahkan E-mel
Semak e-mel yang didaftarkan dan klik pautan pengesahan yang diterima.
Apabila paparan Email Verified muncul, klik Go to Sign In.
Langkah 3 — Log Masuk
Masukkan e-mel dan kata laluan yang didaftarkan, kemudian klik Sign In.
Langkah 4 — Pilihan Pelan Anda
Pilih pelan Free, Basic atau Pro mengikut keperluan bisnes anda.
Klik Free use untuk menggunakan pelan percuma atau View plans untuk melihat pilihan pelan.
Untuk naik taraf, pilih pelan dan tempoh bayaran. Hubungi admin melalui WhatsApp untuk membuat pembayaran, kemudian hantar permohonan naik taraf.
Nota: Promosi Hujung Tahun: 1 Oktober – 31 Disember 2026
Nikmati harga istimewa untuk langganan tahunan:
- Basic: RM250 setahun
- Pro: RM300 setahun
Harga yang dipaparkan dalam sistem ialah kadar biasa. Untuk mendapatkan harga promosi tahunan, sila hubungi admin melalui WhatsApp sebelum membuat pembayaran.
Promosi ini hanya untuk langganan tahunan. Kadar bulanan kekal seperti yang dipaparkan dalam sistem.
Langkah 5 — Simpan Maklumat Pelanggan
Klik Customers, kemudian Add Customer. Masukkan maklumat pelanggan dan klik Save.
Langkah 6 — Hasilkan Quotation dan Invois
Klik Companies dan lengkapkan maklumat perniagaan anda sebelum menyediakan quotation atau invois.
Klik Quotations dan lengkapkan maklumat syarikat, pelanggan serta butiran produk atau perkhidmatan.
Quotation yang diterima pelanggan boleh ditukarkan kepada invois apabila diperlukan.
Langkah 7 — Rekod dan Pantau Kewangan
Rekod pendapatan serta perbelanjaan, dan lihat laporan untuk memantau prestasi bisnes anda. ![]()
Fungsi dashboard dan laporan tersedia mengikut pelan yang dipilih.
Kenapa Pilih MNIAGA BizTracker?
Mudah Digunakan
Paparan yang bersih dan mudah difahami walaupun anda bukan akauntan.
Sesuai Untuk PMKS
Direka untuk usahawan solo, freelancer, syarikat perkhidmatan dan perniagaan kecil.
Quotation dan Invois Percuma
Pengguna Pelan Free boleh menghasilkan quotation dan invois jualan tanpa had.
Dokumen Lebih Profesional
Hasilkan quotation dan invois dalam format PDF yang kemas untuk dihantar kepada pelanggan.
Akses Secara Online
Akses rekod bisnes anda melalui komputer, laptop atau peranti yang mempunyai sambungan internet.
Semua Dalam Satu Tempat
Pelanggan, quotation, invois, pendapatan, perbelanjaan dan laporan berada dalam satu sistem.
Sokongan Tempatan
Dapatkan bantuan melalui pasukan sokongan yang memahami keperluan usahawan Malaysia.
Berkembang Bersama Bisnes
Mulakan dengan Pelan Free dan naik taraf apabila anda memerlukan dashboard, laporan serta automasi.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan BizTracker?
BizTracker sesuai digunakan oleh:
- Freelancer dan pekerja bebas
- Konsultan
- Penyedia latihan
- Kontraktor
- Agensi pemasaran
- Peniaga online
- Pembekal dan pengedar
- Syarikat perkhidmatan
- Perniagaan OEM
- Event management
- Perniagaan mikro dan PMKS
Pilih Mengikut Keperluan Bisnes Anda
Mahu Buat Quotation dan Invois?
Pilih Free
Mahu Pantau Pendapatan, Perbelanjaan dan Laporan?
Pilih Basic
Mahu Automasi, Multi-user dan Fungsi Lanjutan?
Pilih Pro
![]() | ![]() |










