Pasar Tani Masih Relevan? Aku Sanggup Pandu 15 KM Sebab Nak Daging Segar
Pagi tadi aku ke Pasar Tani Bandar Baru Bangi. Jaraknya lebih kurang 15 km dari rumah. Kalau nak beli daging segar, memang aku sanggup luangkan masa pagi Ahad untuk ke sana.
Aku boleh tengok sendiri dagingnya, pilih bahagian yang aku nak dan minta peniaga potong ikut cara aku nak masak. Sambil tu, boleh sembang terus dengan peniaga.
Pagi tadi pun ramai yang datang membeli. Dalam zaman orang dah biasa beli di TikTok Shop dan Shopee, pasar tani masih ada tempat. Bila pelanggan ada sebab yang cukup kuat untuk datang, 15 km pun dia sanggup pergi.
Kalau Dah Jual di TikTok Shop atau Shopee, Kenapa Buka Kedai di MN BizShop?
Soalan tu juga yang aku fikirkan masa kami bangunkan MN BizShop. Apa manfaat yang cukup kuat untuk seorang peniaga cuba satu lagi saluran jualan?
Kalau TikTok Shop atau Shopee dah bawa jualan, teruskan berniaga di sana. Dalam masa yang sama, buka satu kedai percuma di MN BizShop sebagai saluran jualan tambahan. Mula dengan beberapa produk yang dah biasa dijual. Kongsi pautan kedai dengan pelanggan sedia ada dan tengok sendiri sambutannya.
Apa yang peniaga dapat?
- Bayaran terus masuk kepada penjual. Kalau pelanggan bayar RM100 untuk barang, RM100 itu dibayar terus kepada peniaga. Bila modal perlu dipusing untuk tambah stok, cara duit jualan masuk memang penting.
- Ada pautan kedai sendiri untuk dikongsi. Bila pelanggan di WhatsApp atau Facebook tanya, “Ada jual apa lagi?”, hantar satu pautan. Mereka boleh terus tengok produk yang kau jual.
- Boleh bina pelanggan tetap. Pembeli boleh tanya terus melalui WhatsApp. Bila mereka dah kenal kau dan puas hati dengan urusan pertama, mudah untuk mereka hubungi kau semula bila nak beli lagi.
- Ada peluang tambah capaian melalui komuniti. Konsep Ahli Sokong Ahli menggalakkan ahli membeli dan berkongsi pautan kedai sesama mereka. M Niaga Online juga boleh memperkenalkan peniaga dan produk mereka melalui artikel dan hebahan.
Bila dah cuba, tengok berapa ramai yang bertanya, berapa yang membeli dan berapa baki jualan selepas kos. Dari situ, kau sendiri boleh tentukan berapa banyak masa dan usaha yang berbaloi untuk diberi kepada setiap saluran.
Macam aku dengan pasar tani tadi. Mula-mula datang sebab nak cari daging segar. Bila dah jumpa peniaga yang aku suka, minggu depan aku tahu nak cari siapa. Itulah peluang yang aku nak peniaga bina di MN BizShop. Beri pelanggan sebab untuk beli kali pertama dan mudahkan mereka datang balik.
Dah berniaga di TikTok Shop atau Shopee? Cuba buka satu lagi pintu jualan. Buka kedai percuma di MN BizShop.














