Home Food & Beverages Foodshack Terap Pelajar Universiti Minat Berniaga, Raih Pendapatan Bulanan Cecah Empat Angka

Foodshack Terap Pelajar Universiti Minat Berniaga, Raih Pendapatan Bulanan Cecah Empat Angka

248
0

Pengacara: Manarina Bukhari, Nazri Mustafa
Penulis: Alisa Baitie
Juruvideo: Faqriez

SERDANG – Foodshack adalah sebuah perniagaan yang menyediakan makanan kepada pelajar di UPM yang terletak di Kolej 14. Menurut pengurusnya iaitu Encik Azri, untung bersih bagi perniagaan ini boleh mencapai 3 hingga 4 angka sebulan. Foodshack ini beroperasi sepanjang hari kecuali hari Sabtu untuk memberi peluang kepada para pekerja berehat.

Menunya yang ringkas seperti oden dan waffle dapat menarik pelanggan iaitu pelajar sewaktu lapar yang ingin mengisi perut dengan makanan yang ringan sahaja. Konsepnya yang sederhana dan mudah dapat membuat para pelanggan merasa sangat selesa untuk berkunjung dan membuat pesanan. Pelanggan hanya perlu masuk dan menulis sendiri pesanan makanan yang mereka inginkan. Tambahan pula, para pekerja di Foodshack sangatlah peramah dan tidak lekang dengan senyuman membuatkan para pelanggan berasa nyaman dan selesa.
Penyediaan untuk membuat makanan hanyalah memakan masa selama 3 minit untuk diberi kepada pelanggan. Jadi pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan mereka. Selain itu, tempat untuk menunggu sudah disediakan jadi pelanggan tidak perlu berdiri untuk menunggu pesanan mereka. Tempat yang disediakan pula luas dan sesuai untuk para pelanggan berbual dan melepak sambil menikmati makanan mereka. Bukan itu sahaja, foodshack ini juga mempunyai kemudahan penghawa dingin. Kemudahan ini boleh digunakan oleh para pelanggan untuk membuat tugasan mereka sambil menikmati makanan.

Selain itu, harga makanan yang ditetapkan adalah sangat berpatutan dan murah. Pelanggan juga boleh meminta untuk menambah sesuatu atau mengurangkan sesuatu dalam pesanan mereka kerana pelanggan dapat melihat sendiri cara penyediaan yang dilakukan. Segala proses penyediaan dilakukan di depan pelanggan jadi pelanggan akan berasa yakin akan kebersihan dan kualiti makanan mereka.

Foodshack ini mempunyai 3 hingga 5 orang pekerja iaitu daripada pelajar UPM sendiri. Hal ini telah membuktikan bahawa Foodshack dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan pendapatan bulanan. Menurut Encik Azri, para pekerja dibayar dengan RM300 sebulan. Para pekerja juga bebas untuk datang bekerja pada bila-bila masa asalkan memenuhi jam yang ditetapkan iaitu selama 4 jam. Ini bermaksud, waktu bekerja adalah fleksibel dan tidak memberi tekanan kepada pekerja memandangkan mereka boleh datang pada waktu lapang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.