Home Inspirasi Niaga MN BizShop: Siapa Nak Beli Produk dan Servis Dari Peniaga Tempatan?

MN BizShop: Siapa Nak Beli Produk dan Servis Dari Peniaga Tempatan?

1
0

Kalau Semua Nak Menjual, Siapa Nak Beli di MN BizShop?

Pukul 12 malam, kau masih bungkus kerepek. Esok pagi, kau ambil gambar, letak harga dan muat naik produk. Bila cari “kerepek pisang”, kau sendiri kena skrol beberapa kali baru nampak produk kau.

Begitulah rasanya bagi sesetengah usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Macam ikan bilis dicampak ke lautan luas yang penuh jerung dan ombak besar. Peluang memang ada. Tapi dalam pasaran yang terbuka kepada penjual dari serata dunia, barang yang bagus pun boleh tenggelam sebelum orang sempat kenal.

Kita faham kenapa orang Malaysia suka beli di Shopee dan TikTok Shop. Mudah cari barang, banding harga dan baca ulasan. Dengan platform global seperti Temu dan Pinduoduo, pilihan dalam pasaran makin luas. Kalau pelanggan kau dah ada di Shopee atau TikTok Shop, teruskan berniaga di situ. MN BizShop boleh jadi satu lagi saluran untuk orang jumpa kedai kau.

Kita boleh kumpul ramai penjual. Tapi siapa nak beli?

Pembeli pertama boleh jadi kita sendiri.

Kau mungkin jual baju, tapi kau juga perlukan orang untuk buat poster promosi. Orang yang buat poster itu pula mungkin nak tempah baju untuk pasukannya. Bila kawan kau nak belajar tentang penternakan arnab pedaging, kau boleh kongsi pautan e-buku yang dia boleh beli dan baca.

Itulah yang kita nak bina di MN BizShop. Satu tempat untuk beli produk fizikal tempatan, cari perkhidmatan daripada penyedia tempatan dan dapatkan produk digital seperti e-buku. Peniaga yang menawarkan benda serupa tetap bersaing. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh jadi pelanggan satu sama lain.

Itulah semangat Ahli Sokong Ahli. Kalau tawarannya sesuai dengan keperluan dan bajet, beli atau tempah. Kalau puas hati, cadangkan. Kadang-kadang satu pautan yang kau kongsi dalam WhatsApp dah cukup untuk bawa pelanggan baharu kepada sebuah bisnes kecil.

Apa manfaat MN BizShop?

Untuk pembeli

  • Daftar ahli percuma, walaupun kau datang untuk membeli saja.
  • Hubungi penjual atau penyedia servis secara terus. Boleh tanya tentang stok, skop kerja atau kandungan e-buku sebelum buat keputusan. Bayaran terus kepada penjual.
  • Kumpul mata ganjaran melalui pembelian yang layak dan nikmati diskaun sesama ahli bagi tawaran yang layak di kedai yang menyertai program.

Untuk peniaga dan penyedia servis

  • Buka kedai online percuma untuk senaraikan produk fizikal, perkhidmatan atau produk digital.
  • Kongsi pautan kedai sendiri melalui WhatsApp atau media sosial. Terima bayaran terus daripada pembeli dan notifikasi pesanan melalui WhatsApp.
  • Kenalkan tawaran kau kepada lebih ramai orang melalui perkongsian sesama ahli dan peluang hebahan di M Niaga Online.

Bila tiba giliran kita membeli, siapa yang kita cari dulu?

Bagi kau, mungkin cuma satu tempahan poster. Bagi pereka yang baru mula ambil kerja sendiri, itu mungkin tempahan pertamanya bulan ini. Kalau kau puas hati dan cadangkan dia kepada kawan, kau dah bantu seorang usahawan tempatan jumpa pelanggan seterusnya.

Lain kali bila kau nak beli barang, tempah servis atau cari e-buku, singgah dulu di MN BizShop. Kalau jumpa tawaran yang sesuai, beri usahawan tempatan peluang untuk dapat pesanan kau.

🛒 Cari produk, servis dan tawaran digital di MN BizShop
🏪 Buka kedai online percuma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.