Home Education & Training MN BizShop: Komuniti Niaga Online untuk Sokong Peniaga Tempatan

MN BizShop: Komuniti Niaga Online untuk Sokong Peniaga Tempatan

0
0

Seikat Lidi Susah Patah. Kalau Peniaga Lokal Bersatu, Apa Boleh Jadi?

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Orang dulu dah lama pesan. Cuba ambil sebatang lidi dan bengkokkan. Mudah patah. Tapi bila lidi-lidi itu diikat jadi penyapu, cuba patahkan semuanya sekali. Susah, kan?

Aku terfikir, dalam perniagaan pun sama. Masing-masing ada produk, ada pelanggan dan hari-hari fikir macam mana nak tambah jualan. Apa salahnya kalau kita mula dengan satu tabiat mudah?

Bila nak beli sesuatu, cari kedai kawan dulu.

Aku beli barang kau. Kau kenalkan kedai aku.

Katakan aku nak beli kerepek untuk mesyuarat. Kebetulan kau jual kerepek, jadi aku beli daripada kau. Minggu depan, kawan kau cari pembekal baju untuk staf. Kau kenalkan dia kepada aku. Bila aku pula jumpa orang yang tengah cari hadiah, aku kongsi pautan kedai ahli yang jual set hadiah.

Pusing-pusing sikit ayatnya, tapi mudah ceritanya. Bila kita beli, kita beri jualan. Bila kita kenalkan kedai kawan, kita buka peluang.

Kalau barangnya sesuai, beli. Kalau kenal orang yang sedang mencari, kongsi pautan kedainya. Kalau dah beli dan puas hati, beritahu orang lain. Kadang-kadang satu mesej WhatsApp daripada kita dah cukup untuk memperkenalkan seorang peniaga kepada pelanggan baharu.

Inilah komuniti yang aku nak bina dengan MN BizShop

MN BizShop ialah platform kedai online untuk peniaga tempatan dan pembeli yang mahu mencari produk lokal. Idea Ahli Sokong Ahli bermula daripada perkara yang kita dah biasa buat dalam kehidupan seharian. Kita beli daripada orang yang kita kenal, dan kita cadangkan kedai yang kita percaya.

Bezanya bila dibuat secara online, kenalan kita boleh terus buka pautan kedai, tengok barang dan hubungi penjual. Peniaga yang berniaga dari rumah pun boleh tunjukkan produknya kepada orang yang tinggal di tempat lain.

Di TikTok Shop dan Shopee, pembeli boleh bandingkan banyak pilihan dalam beberapa saat. Di platform global seperti Pinduoduo, Alibaba dan Temu, pilihan itu datang daripada pasaran yang lebih luas. Dalam keadaan begini, kita ada peluang untuk buat sesuatu dari dekat. Mudahkan orang jumpa produk tempatan, kenal penjual dan datang semula kalau puas hati.

Kalau kau dah berniaga di TikTok Shop atau Shopee, MN BizShop boleh jadi satu lagi saluran jualan. Kau ada pautan kedai sendiri yang boleh dikongsi dengan pelanggan lama, kenalan dan ahli komuniti.

Apa manfaat MN BizShop?

1. Buka kedai online secara percuma
Muat naik gambar produk, tulis penerangan dan tetapkan harga. Bila orang tanya, “Ada jual apa lagi?”, hantar satu pautan supaya mereka boleh tengok pilihan dalam kedai kau.

2. Bayaran terus kepada penjual
Pembeli bayar terus kepada penjual. Bila bayaran dah diterima, kau boleh gunakan hasil jualan itu untuk tambah stok atau siapkan pesanan seterusnya.

3. Mudah berhubung dengan pelanggan
Pembeli boleh bertanya terus tentang saiz, stok atau pilihan produk. Peniaga pula boleh terima notifikasi pesanan melalui WhatsApp. Bila pelanggan nak beli lagi, mereka dah tahu kedai mana nak cari.

4. Mata ganjaran dan diskaun sesama ahli
Ahli boleh kumpul mata ganjaran apabila membeli di kedai ahli lain. Kedai yang menyertai program Diskaun Sesama Ahli boleh menawarkan diskaun 5%, 10% atau 15% untuk barangan harga biasa kepada ahli yang layak.

5. Peluang diperkenalkan melalui M Niaga Online
Artikel dan hebahan di M Niaga Online boleh membantu orang ramai kenal produk serta peniaga di sebalik kedai. Peniaga juga boleh saling berkongsi pautan kedai untuk meluaskan capaian masing-masing.

Pembelian seterusnya, cari kedai kawan dulu

Lain kali bila nak borong kudapan untuk pejabat, cari hadiah atau tempah baju untuk staf, singgah dulu di kedai ahli. Kalau jumpa yang sesuai, beli. Kalau kau sendiri ada produk, buka kedai dan senaraikan produk pertama supaya orang lain pun boleh jumpa kau.

Seikat lidi jadi kuat sebab setiap batang ada peranan. Dalam komuniti niaga pun begitu. Hari ini kau bantu orang kenal kedai aku. Esok, bila ada orang cari barang yang kau jual, aku tahu nak kenalkan siapa.

Jom cari produk lokal atau buka kedai online percuma di MN BizShop.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.