Home Agriculture Kehidupan Lobster Air Tawar Dan Habitat Yang Perlu Diketahui

Kehidupan Lobster Air Tawar Dan Habitat Yang Perlu Diketahui

349
0

Kehidupan Lobster Air Tawar di Dasar Kolam Panorama Mengasyikkan Habitat Yang Perlu Diketahui Ramai.

Udang kara atau lebih popular dipanggil Lobster Air Tawar (LAT) kini menjadi salah satu pilihan anak muda kerana mudah diusahakan dan mampu menjana pendapatan berbaloi.

Hidupan yang berasal dari Utara Australia, kini telah banyak diusahakan di serata dunia seperti China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan tidak ketinggalan di Malaysia. Sifatnya yang tahan lasak, mudah diurus dan penternakkanya tidak memerlukan kos yang tinggi menjadikan ianya pilihan terbaik untuk diusahakan secara kecil-kecilan, hobi mahupun komersial.

Video kali ini adalah perkongsian saya mengenai panorama di dasar kolam penternakan saya. Kolam kanvas berukuran 6’X3’X2′ kaki ini menempatkan beberapa ekor LAT berwarna oren dan coklat kehijauan. Kolam ini ditanam dan dihias dengan pelbagai tumbuhan air agar dapat menyediakan habitat ( tempat tinggal semula jadi ) bagi LAT.

Video oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.