Home Inspirasi Niaga

Inspirasi Niaga

Kamri Mohamed

Kaedah Mengenalpasti dan Memilih Perniagaan.
Kompetensi keusahawanan yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah boleh melihat dan merebut peluang yang ada. Semua orang boleh melihat tetapi sebagai usahawan perlulah boleh melihat lebih jauh melalui bayangan atau imaginasi dengan mengenal potensi atau rahsia peluang membina perniagaan daripada sumber, situasi, masalah, keperluan atau permintaan yang ada.
Sebagai usahawan, tidak sekadar lihat dan mengenal peluang tetapi mengambil tindakan merebut peluang yang ada untuk mewujudkan perniagaan. Usahawan bukan sahaja membina kerjaya untuk diri sendiri tetapi mewujudkan peluang perniagaan untuk orang lain.
Bagaimana peluang perniagaan wujud?
Peluang perniagaan dikatakan wujud apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk usahawan menjual barang dan perkhidmatan untuk mewujudkan perniagaan baru bagi meneruskan serta meningkatkan perniagaan yang sedia ada dalam dua situasi iaitu:
1. Barangan atau perkhidmatan sudah wujud tetapi masih belum dapat memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan misalnya dari segi mutu, kuantiti, pilihan, harga,sukar diperolehi,tidak menarik atau lain-lain faktor termasuk kekemasan, kebersihan atau layanan yang tidak memuaskan
2. Barangan atau perkhidmatan belum wujud dan ada keperluan mewujudkan untuk memenuhi permintaan, kehendak dan citarasa pelanggan atas permintaan pelanggan atau merupakan cadangan idea daripada peniaga.
Dalam kedua- dua situasi di atas seseorang usahawan itu perlu mengenal pasti keperluan atau kehendak pelanggan dengan membuat analisis persekitaran disamping membuat penilaian diri-sendiri dan nilai masyarakat. Usahawan juga boleh menilai peluang-peluang yang ada melalui :
a. Undang-undang.
Melihat undang-undang serta persekitaran undang-undang di sesuatu kawasan itu terlebih dahulu.
b. Kuasa Monopoli atau Tahap Persaingan.
Melihat kuasa monopoli serta tahap persaingan di mana adakah wujud peluang untuk memasuki sesuatu pasaran itu.
c. Keperluan Modal Serta Risiko.

Berapakah modal serta risiko-risiko yang wujud seperti persaingan dan dasar kerajaan.
d. Keunikan. Sesuatu barangan yang ingin dikeluarkan mempunyak nilai dari segi keunikannya di mana ianya terhasil daripada pemikiran yang kreafif dan inovatif.
e. Keperluan Dan Kehendak Manusia.
Usahawan yang peka sentiasa mendapat idea perniagaan akibat daripada perubahan permintaan keperluan dan kehendak tersebut. Perubahan yang berlaku juga berkemungkinan besar mewujudkan satu syer pasaran yang menguntungkan.
f. Kemahiran Yang Dimiliki.
Idea perniagaan yang berasaskan kemahiran yang dimilikinya. Dengan memiliki kemahiran tertentu usahawan boleh menjual kemahirannya kepada orang lain dan ini merupakan satu kelebihan kepada usahawan.
g. Melalui Masalah Yang Sedia Wujud.
Menggunakan masalah yang telah sedia wujud sebagai sumber idea perniagaan masalah ini dilihat sebagai pemangkin kepada penyelesaian masalah dan ia merupakan peluang perniagaan kepada usahawan.
h. Pergaulan Harian Dan Bacaan.
Dapat dilakukan melalui pengumpulan maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak. Maklumat yang dikumpulkan sekiranya dianalisis secara terperinci akan menjadi peluang perniagaan yang menguntungkan kepada usahawan.
i. Penyelidikan dan Pembangunan. (R&D).
Samada secara formal atau tidak formal. Penyelidikan formal akan dilakukan di makmal tertentu yang melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah dan agensi seperti Institut Pembangunan Penyelidikan Pertanian Malaysia -MARDI, Institut Piawaian Penyelidikan Industri Malaysia -SIRIM, IPT tempatan dan lain lain lagi. Usahawan hanya perlu membuat pelaburan kepada agensi-agensi ini untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci daripada aktiviti R&D ini. Penyelidikan tidak formal usahawan boleh dibuat melalui kajian pemasaran atau soal selidik.
j. Saluran Pengedaran.
Boleh menjadi sumber idea utama usahawan di mana mereka yang terlibat dengan saluran pengedaran ini lebih rapat dan memahami keperluan dan kehendak pengguna. Selain itu, mereka juga dapat membantu dalam memasarkan produk atau perkhidmatan baru yang dibangunkan oleh usahawan.