Home Education & Training NEOAKTIF: Pembersihan Lebih Hijau, Mesra Pengguna dan Alam Sekitar

NEOAKTIF: Pembersihan Lebih Hijau, Mesra Pengguna dan Alam Sekitar

1
0

Pernahkah kita terfikir ke mana bahan kimia pembersihan pergi selepas digunakan?

NEOAKTIF memperkenalkan penyelesaian Green Chemical biodegradasi berasaskan whey daripada hasil sampingan industri tenusu yang diproses melalui teknologi fermentasi, untuk pembersihan dan penyelenggaraan yang berkesan, serta lebih mesra pengguna dan alam sekitar.

Daripada hotel dan hospitaliti, industri makanan, pusat jagaan dan pengurusan fasiliti, hinggalah ke kilang, pelabuhan, perkapalan, marin dan industri petroleum, bahan kimia digunakan setiap hari untuk pembersihan dan penyelenggaraan.

Selepas digunakan, sesetengah bahan kimia berbahaya boleh memasuki sistem air, tanah dan alam sekitar. Dengan memilih alternatif yang lebih mesra alam, organisasi dan individu boleh membantu mengurangkan impak ini.

Ini juga sebahagian daripada perjalanan dekarbonisasi, di mana semua lapisan masyarakat boleh memainkan peranan, dan ia tidak semestinya rumit atau mahal.

Perubahan ke arah amalan yang lebih mesra pengguna dan alam sekitar boleh bermula dengan pilihan yang kita buat setiap hari.

NEOAKTIF | Passionately Decarbonizing

https://neoaktif.com
email: enquiry@neoaktif.com
https://www.linkedin.com/company/neoaktif-asia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.