Dalam tempoh seminggu, saya berpeluang melihat organisasi daripada tiga sudut yang berbeza — pengurusan tertinggi, pasukan jualan dan khidmat pelanggan.
Pada 14–15 Ogos 2026, saya terlibat dalam program Team Building di Seri Costa Hotel, Melaka, bersama barisan pengurusan tertinggi sebuah koperasi ternama di Malaysia.
Kemudian pada 17–18 Ogos 2026, saya mengendalikan Sales Accelerator Bootcamp di Klana Resort, Seremban, melibatkan peserta daripada bidang jualan automotif.
Seterusnya pada 19–20 Ogos 2026, saya mengendalikan AI Productivity Bootcamp di Shah Alam Convention Centre (SACC) bersama peserta Customer Service daripada industri automotif.
Tiga program.
Tiga kumpulan peserta.
Tiga fungsi yang berbeza.
Tetapi saya melihat satu persamaan:
Organisasi yang hebat tidak dibina hanya dengan seorang leader yang hebat. Ia dibina apabila seluruh pasukan bergerak ke arah yang sama.
Daripada pengalaman minggu ini, saya rumuskan 7 perkara penting dalam membina sebuah organisasi.
1. Leadership — Organisasi Perlukan Arah
Semuanya bermula dengan kepimpinan.
Pemimpin bukan sekadar memberikan arahan, tetapi perlu memastikan pasukan memahami ke mana organisasi mahu pergi dan kenapa mereka perlu ke sana.
Apabila hala tuju jelas, lebih mudah untuk setiap bahagian memainkan peranan masing-masing.
Leader bukan sekadar membawa orang bekerja. Leader membawa orang menuju matlamat.
2. Teamwork — Kita Tidak Boleh Bergerak Sendiri
Inilah antara perkara yang paling jelas dalam program Team Building.
Dalam organisasi, kita mungkin mempunyai individu yang sangat hebat. Tetapi jika setiap orang bergerak sendiri, kekuatan tersebut tidak semestinya menghasilkan organisasi yang hebat.
Kadang-kadang masalah bukan kerana pekerja tidak bagus.
Masalah berlaku apabila orang yang bagus tidak dapat bekerja bersama-sama.
Teamwork memerlukan kepercayaan, toleransi, komunikasi dan kesediaan untuk membantu antara satu sama lain.
3. Communication — Jangan Anggap Orang Sudah Faham
Banyak masalah organisasi bermula daripada perkara yang sangat mudah:
Salah faham.
Arahan tidak jelas.
Maklumat tidak sampai.
Kita menganggap orang lain sudah tahu.
Komunikasi yang baik bukan sekadar bercakap. Kita perlu memastikan mesej disampaikan, diterima dan difahami dengan betul.
Lebih besar organisasi, lebih penting sistem komunikasi yang jelas.
4. Customer Focus — Semua Orang Sebenarnya Menjaga Pelanggan
Daripada Sales Advisor hingga Customer Service, satu perkara tidak berubah — pelanggan adalah antara sebab utama organisasi terus wujud.
Sales mendapatkan pelanggan.
Customer Service menjaga pengalaman pelanggan.
Operation memastikan janji dapat ditunaikan.
Management pula memastikan sistem menyokong semua fungsi tersebut.
Sebab itu customer experience bukan tanggungjawab satu department sahaja.
Pelanggan mungkin berurusan dengan seorang staf, tetapi mereka menilai keseluruhan organisasi.
5. Productivity — Sibuk Tidak Semestinya Produktif
Dalam AI Productivity Bootcamp, perkara ini menjadi semakin jelas.
Hari ini kita mempunyai teknologi dan AI yang boleh membantu menyediakan draf email, menghasilkan idea, membuat ringkasan, menyediakan kandungan, menganalisis maklumat dan mempercepatkan banyak tugasan rutin.
Persoalannya bukan lagi:
“Perlukah kita menggunakan AI?”
Tetapi:
“Bagaimana kita menggunakan AI supaya manusia boleh memberikan lebih banyak masa kepada kerja yang benar-benar memerlukan manusia?”
Teknologi sepatutnya membantu kita bekerja dengan lebih Short, Simple but Smart.
6. Continuous Learning — Ilmu Mesti Bergerak
Saya selalu percaya satu perkara:
Ilmu yang kita dapat perlu dipraktikkan. Apabila dipraktikkan, ia menjadi kemahiran.
Tetapi jangan berhenti di situ.
Ilmu yang baik juga perlu dikongsikan.
Apabila seorang pekerja belajar sesuatu dan berkongsi dengan pasukannya, organisasi turut berkembang.
Sebab itu latihan tidak sepatutnya berakhir apabila sijil diberikan.
Training → Practice → Skill → Sharing → Growth.
Inilah budaya pembelajaran yang perlu dibina dalam organisasi.
7. Amanah & Attitude — Sistem Hebat Tetap Memerlukan Manusia Yang Betul
Kita boleh mempunyai SOP yang baik.
Kita boleh mempunyai teknologi yang canggih.
Kita boleh mempunyai strategi, KPI dan sistem yang lengkap.
Tetapi akhirnya semuanya kembali kepada manusia yang melaksanakannya.
Sebab itu dalam sesi penutup program saya sering mengingatkan peserta:
Kerja itu amanah. Kerja itu ibadah. Keikhlasan itu kuncinya.
Apabila seseorang melihat pekerjaannya sebagai satu amanah, cara dia bekerja akan berubah.
Dia bukan sekadar bertanya:
“Berapa banyak yang saya perlu buat?”
Tetapi dia mula bertanya:
“Apa yang boleh saya lakukan dengan lebih baik?”
Membina Organisasi Adalah Membina Manusia
Selepas melalui tiga program dalam tempoh seminggu ini, satu perkara semakin jelas kepada saya.
Organisasi bukan sekadar struktur, jawatan, SOP atau carta organisasi.
Organisasi adalah manusia.
Leader memberikan arah.
Teamwork menyatukan kekuatan.
Communication menyambungkan manusia.
Customer focus memberikan tujuan.
Productivity meningkatkan keupayaan.
Learning membina kompetensi.
Amanah membentuk budaya.
Apabila tujuh perkara ini bergerak bersama, kita bukan sekadar membina tempat orang datang bekerja.
Kita sedang membina sebuah organisasi yang mempunyai arah, budaya dan manusia yang mahu berkembang bersama.
Dan akhirnya, organisasi yang kuat bukanlah organisasi yang bergantung kepada seorang individu yang hebat.
Organisasi yang kuat ialah organisasi yang mampu melahirkan lebih ramai orang yang hebat.
Ingin menjalankan program/ kursus khas untuk organisasi anda?
Hubungi kami untuk mendapatkan cadangan program yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat, jabatan atau agensi anda. Program boleh dijalankan secara in-house atau public, dan layak HRD Corp Claimable untuk organisasi yang memenuhi syarat.
📞 Hubungi kami : 017-300 7878
📲 WhatsApp sekarang [KLIK DI SINI]
















