Home Education & Training Bahagian 1: Mengapa AI, Content, Video dan Personal Branding Bukan Lagi Pilihan...

Bahagian 1: Mengapa AI, Content, Video dan Personal Branding Bukan Lagi Pilihan Untuk PMKS Malaysia

5
0

Jangan Jatuh Cinta Dengan Platform. Fahami Perubahan Tingkah Laku Pelanggan.

Oleh Baharim Sukari

Pada 20 hingga 21 Julai 2026, saya sekali lagi diberi peluang mengendalikan Sales Accelerator Bootcamp – AI, TikTok & Content Strategy.

Program ini dihadiri oleh sembilan Sales Advisor Honda.

Sebelum ini pula, saya telah mengendalikan beberapa siri bootcamp yang disertai oleh usahawan, pegawai pemasaran, Sales Advisor dan profesional daripada pelbagai industri.

Sembilan Sales Advisor Honda bergambar bersama fasilitator selepas menamatkan Sales Accelerator Bootcamp – AI, TikTok & Content Strategy di De Palma Hotel Shah Alam. Program ini memberi penekanan kepada AI, SEO, Content Creation, Video Marketing, Personal Branding serta pembinaan sistem pemasaran digital yang membantu peserta menghasilkan content secara lebih konsisten dan strategik.

Menariknya…

Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berbeza…

Saya mendapati hampir semua menghadapi cabaran yang hampir sama.

Mereka bukan tidak menggunakan media sosial.

Mereka bukan tidak pernah menghasilkan video.

Mereka juga bukan baru mengenali Artificial Intelligence (AI).

Malah, sebahagian besar peserta sudah menggunakan TikTok, Facebook dan AI dalam kerja harian mereka.

Ada yang aktif membuat siaran langsung (Live).

Ada yang menghasilkan video secara konsisten untuk beberapa ketika.

Ada juga yang berjaya mendapatkan pelanggan dari negeri lain seperti Kelantan, Perlis, Johor dan beberapa lokasi di luar kawasan operasi mereka.

Apabila saya melihat semua ini…

Saya mula sedar sesuatu.

Sebenarnya ramai orang sudah tahu menggunakan teknologi.

Tetapi…

Tidak ramai yang benar-benar memahami bagaimana teknologi itu bekerja sebagai satu sistem pemasaran.

Di sinilah bezanya.

Ramai orang belajar menggunakan aplikasi.

Tetapi sangat sedikit yang belajar memahami perubahan tingkah laku pelanggan.

Dan bagi saya…

Inilah perkara yang paling penting.


Platform Akan Berubah. Pelanggan Juga Akan Berubah.

Saya masih ingat…

Sekitar belasan tahun lalu…

Ramai usahawan berkata…

“Facebook dah cukup untuk saya.”

Ketika itu Facebook benar-benar menjadi platform utama.

Semua orang berada di sana.

Semua orang berniaga di sana.

Kemudian Instagram mula berkembang.

Masih ramai yang berkata…

“Tak perlu… pelanggan saya semua di Facebook.”

Beberapa tahun selepas itu…

Shopee pula berkembang.

Ramai masih belum yakin.

Kemudian TikTok muncul.

Masih ada yang berkata…

“TikTok ni tempat budak-budak menari.”

Hari ini…

TikTok menjadi antara platform paling penting dalam dunia pemasaran.

Malah ramai usahawan yang pernah memandang rendah TikTok akhirnya mula belajar menggunakannya.

Kenapa?

Bukan kerana mereka suka TikTok.

Tetapi kerana…

Pelanggan sudah berada di sana.


Semalam Saya Berbual Dengan Anak-Anak Saya

Beberapa hari lalu, saya berbual dengan anak-anak saya.

Cara mereka berniaga sangat berbeza dengan generasi saya.

Mereka memberitahu…

Mereka mula memperoleh jualan melalui Threads.

Saya hanya tersenyum.

Bukan kerana Threads.

Tetapi kerana saya pernah melihat situasi ini berulang kali.

Dulu Facebook.

Kemudian Instagram.

Selepas itu Shopee.

Kemudian TikTok.

Hari ini Threads mula menunjukkan potensi sebagai platform yang semakin mendapat perhatian.

Adakah saya berani mengatakan Threads pasti menjadi platform jualan terbesar selepas ini?

Tidak.

Tiada siapa yang mampu meramalkan perkara itu dengan pasti.

Tetapi satu perkara yang saya yakin…

Perubahan akan sentiasa berlaku.

Dan apabila perubahan berlaku…

Pelanggan akan berubah.

Cara mereka mencari maklumat akan berubah.

Cara mereka membeli juga akan berubah.


Usahawan PMKS Jangan Terlalu Selesa

Daripada semua perkara yang saya lihat sepanjang beberapa tahun mengendalikan latihan Digital Marketing…

Inilah antara perkara yang paling saya risaukan.

Ramai usahawan PMKS terlalu selesa.

Mereka terlalu selesa dengan satu platform.

Terlalu selesa dengan satu cara berniaga.

Terlalu selesa dengan satu strategi pemasaran.

Sedangkan pelanggan mereka sudah mula berubah.

Mereka masih menunggu pelanggan datang ke Facebook.

Sedangkan pelanggan sedang mencari maklumat melalui Google.

Mereka masih bergantung kepada satu platform.

Sedangkan pelanggan sedang bergerak ke platform lain.

Saya selalu berkongsi satu ayat mudah.

Jangan jatuh cinta dengan platform.

Jatuh cintalah kepada pelanggan.

Kerana pelanggan tidak pernah berjanji untuk kekal di satu platform selama-lamanya.

Mereka hanya akan berada di tempat yang paling memudahkan mereka mendapatkan maklumat.

Kalau pelanggan berpindah…

Kita juga perlu bersedia untuk bergerak.


Bersambung… (Part 2)

“Ramai Sudah Menggunakan Media Sosial. Tetapi Mengapa Mereka Masih Gagal Mendapatkan Hasil Yang Konsisten?”

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi pemerhatian yang paling mengejutkan sepanjang mengendalikan Sales Accelerator Bootcamp. Mengapa hampir semua peserta sudah menggunakan TikTok, Facebook dan AI, tetapi masih belum memahami algoritma, SEO dan bagaimana semua platform sebenarnya saling berkait dalam satu ekosistem Digital Marketing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.