Home Education & Training MPKJ TERUS BERUSAHA BANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL USAHAWAN SETEMPAT

MPKJ TERUS BERUSAHA BANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL USAHAWAN SETEMPAT

151
0

Bangi – Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sekali lagi berbesar hati menganjurkan program “Kursus Smartphone Videography & Editing” khas untuk penduduk setempat pada 26 dan 27 Jun 2021.

Program yang dikendalikan oleh syarikat SC Creative Solution Sdn Bhd secara virtual ini dihadiri oleh 30 orang peserta secara percuma. Kursus ini turut memberi penekanan tentang kepentingan pemasaran masa kini lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan di seluruh negara.

Coach Baharim Sukari sedang mengendalikan kursus secara dalam talian.

Antara impak kursus ini dapat meminimakan kos pemasaran dalam perniagaan yang diusahakan kerana peserta tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk aktiviti pemasaran terutamanya untuk proses penyuntingan videografi. Program ini juga memberi kesedaran kepada peserta bahawa mereka tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk penyuntingan video, malah dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja, mereka mampu menghasilkan video yang menarik dan kreatif sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan peluang pemasaran dengan kos yang murah tetapi berkesan dengan teknik yang betul di samping menggunakan platform percuma yang efektif dan mampu mendatangkan hasil jualan yang memberangsangkan.

Antara platform yang diketengahkan adalah melalui M-Niaga.com.my  yang mempunyai kekuatan dari segi SEO Google di mana kebanyakan iklan yang dihantar melalui platform tersebut kebiasaannya ditempatkan dalam senarai kedudukan No. 1 atau halaman 1 dalam carian Google walaupun dengan menggunakan kaedah organik.

Kebanyakan peserta berasa amat gembira menghadiri kursus ini walaupun dijalankan secara maya, namun hasil input serta pengisian yang disampaikan dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran teknikal yang mampu meningkatkan hasil jualan.

Disunting oleh: Muhammad Fazli Othman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.