Home Education & Training Kursus Pembangunan Usahawan Digital, keprihatinan MPKj mampu menjana ekonomi komuniti

Kursus Pembangunan Usahawan Digital, keprihatinan MPKj mampu menjana ekonomi komuniti

293
0

Kursus Pembangunan Usahawan Digital Pasca COVID-19 – SHOPEE

Bangi – Orang ramai perlu mengambil peluang untuk berniaga secara dalam talian (online) bagi mempelbagaikan kaedah pemasaran terutama bagi mereka yang mempunyai perniagaan berpremis dan terjejas akibat pandemik COVID-19, selain itu bagi mereka yang hilang pekerjaan atau ingin menambah pendapatan melalui perniagaan mereka amatlah digalakkan untuk menggunakan platform digital sebagai medium pemasaran.

Kursus Pembangunan Usahawan Digital Pasca COVID-19 – SHOPEE telah dijalankan pada Sabtu 27 Mac 2021 anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan dikendalikan oleh syarikat pembekal Latihan SC Creative Solutions Sdn Bhd yang menyasarkan kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.

Kursus yang dihadiri oleh 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang perniagaan dijalankan dengan memberi keutamaan kepada tiga objektif utama iaitu pembukaan akaun/ kedai Shopee, produk dan copywriting serta mendapatkan jualan. Pengisian kursus tersebut disampaikan oleh jurulatih perniagaan dan pemasaran saudara Baharim Sukari dan Muhamad Syafril.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.