Home Education & Training TIP-TIP USAHAWAN: MEMAHAMI STRATEGI ‘TREND’ KITARAN HAYAT PRODUK

TIP-TIP USAHAWAN: MEMAHAMI STRATEGI ‘TREND’ KITARAN HAYAT PRODUK

10133
1

 

TIP-TIP USAHAWAN: MEMAHAMI STRATEGI ‘TREND’ KITARAN HAYAT PRODUK

Oleh Baharim Sukari

*******************************

Kitaran Hayat Produk

Produk mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui yang mana disebut juga sebagai kitaran hayat produk. Lazimnya apabila sesuatu produk baru dilancarkan sudah tentu organisasi mengharapkan hayat yang panjang dan menguntungkan. Pihak firma sedar bahawa setiap produk mempunyai satu kitaran hayat walaupun bentuk dan panjangnya yang sebenar tidak diketahui lebih awal.

Kitaran hayat produk ini mempunyai empat peringkat yang jelas sebagaimana yang dilukiskan pada rajah di atas.

1. Tahap Pengenalan

  • Pada masa ini pertumbuhan jualan adalahlembab.
  • Produk baru mula diperkenalkan
  • Perbelanjaan adalah tinggi
  • Keuntungan tidak wujud
  • Memerlukan sokongan promosi yang hebat.

2. Tahap Pertumbuhan

  • Jika produk baru ini memuaskan pasaran memasuki peringkat pertumbuhan.
  • Jualan mula mengalami peningkatan.
  • Keuntungan mulai meningkat.

3. Tahap Kematangan

  • Pertumbuhan jualan adalah perlahan kerana produk tersebut telah diterima oleh kebanyakan pembeli berpotensi.
  • Tahap keuntungan adalah statik atau menurun kerana peningkatan di dalam perbelanjaan pemasaran untuk mempertahankan produk.
  • Syarikat akan menggunakan pelbagai strategi dari membuat pengubahsuaian produk sehinggalah kepada pengubahsuaian elemen campuran pemasaran yang lain.

4. Tahap Menurun

  • Jualan dan keuntungan menurun ke paras yang rendah di mana ia berterusan untuk beberapa tahun.
  • Jualan merosot disebabkan oleh kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan persaingan yang meningkat.
  • Pihak pengurusan boleh membuat keputusan samada untuk mengekalkan jenamanya, menuai produknya atau mengugurkan produk tersebut daripada lini produk syarikat.

 

****************************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.