Revolusi Industri 4.0 – 2020 Satu Cabaran Hebat Terhadap Usahawan dan Perniagaan Global
Dunia perniagaan global sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa dan sudah pasti memberi implikasi atau kesan secara langsung kepada sesebuah perniagaan.
Terkini terminologi seperti “GIG Economy” dan “Revolusi Industri 4.0” sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Secara umumnya Revolusi Industri 4.0 melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia mahu atau tidak, tahu atau tidak usahawan perlu bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.
Bagi usahawan mereka perlu merancang dan menstrategikan perniagaan mereka seiring dengan perubahan revolusi industri ini. Mereka perlu membuat persiapan dan perancangan rapi dalam memastikan kejayaan bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.
Antara pendekatan yang perlu di ambil adalah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan dan pemasaran terkini seperti menghadiri program-program atau kursus-kursus pemasaran berkesan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun syarikat-syarikat konsultansi/ rundingan perniagaan. Mereka juga perlu mempelbagaikan cara pemasaran antaranya pemasaran secara digital dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisonal sahaja.
Oleh Baharim Sukari
Ingin tahu tentang kursus-kursus terkini?
- Kursus Pemasaran Berkesan KLIK DI SINI
- Kursus Pengurusan Perniagaan KLIK DI SINI