Home Career & Business Opportunity Revolusi Industri 4.0 – 2020 Satu Cabaran Hebat Terhadap Usahawan dan Perniagaan

Revolusi Industri 4.0 – 2020 Satu Cabaran Hebat Terhadap Usahawan dan Perniagaan

1275
0

Revolusi Industri 4.0 – 2020 Satu Cabaran Hebat Terhadap Usahawan dan Perniagaan Global

Dunia perniagaan global sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa dan sudah pasti memberi implikasi atau kesan secara langsung kepada sesebuah perniagaan.

Terkini terminologi seperti “GIG Economy” dan “Revolusi Industri 4.0” sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Secara umumnya Revolusi Industri 4.0 melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia mahu atau tidak, tahu atau tidak usahawan perlu bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Sebahagian besar usahawan yang menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Program Pementoran Keusahawanan PEB Wilayah Persekutuan di Putrajaya pada 16 Disember 2019, mereka menjalani latihan dan bimbingan oleh 5 orang Jurulatih berpengalaman dalam bidang perniagaan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama DBKL dan Perbadanan Putrajaya.

Bagi usahawan mereka perlu merancang dan menstrategikan perniagaan mereka seiring dengan perubahan revolusi industri ini. Mereka perlu membuat persiapan dan perancangan rapi dalam memastikan kejayaan bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.

Antara pendekatan yang perlu di ambil adalah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan dan pemasaran terkini seperti menghadiri program-program atau kursus-kursus pemasaran berkesan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun syarikat-syarikat konsultansi/ rundingan perniagaan. Mereka juga perlu mempelbagaikan cara pemasaran antaranya pemasaran secara digital dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisonal sahaja.

Oleh Baharim Sukari

Ingin tahu tentang kursus-kursus terkini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.