Home Education & Training Kursus Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran Berkesan 2025: Meletupkan Jualan Anda dengan Kuasa...

Kursus Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran Berkesan 2025: Meletupkan Jualan Anda dengan Kuasa Digital & Video!

2123
0

Meletupkan Jualan Anda dengan Kuasa Digital & Video!

SIRI 1 & SIRI 2: PEMASARAN DIGITAL & KANDUNGAN VIDEO

1. PENGENALAN

Dalam era digital yang semakin mencabar, usahawan dan individu profesional perlu memahami asas pemasaran dan keperluan kehadiran dalam talian (online presence). Justeru, kami mencadangkan satu siri latihan awam dua peringkat bagi membina kesedaran dan kemahiran berkaitan pemasaran digital.

Siri 1 bertujuan membuka minda peserta tentang asas pemasaran dan pentingnya digital marketing. Seterusnya, peserta akan diberi peluang untuk menyertai Siri 2, latihan intensif yang lebih mendalam melibatkan video marketing dan content creation terkini — dua elemen penting dalam menarik pelanggan masa kini.

2. OBJEKTIF PROGRAM

  • Mendedahkan peserta kepada asas pemasaran dan tren semasa dalam dunia digital.
  • Memberi pemahaman tentang kepentingan jenama digital dan kehadiran dalam talian.
  • Menyediakan peserta dengan kemahiran mencipta kandungan pemasaran menggunakan video.
  • Mendorong peserta menggunakan media sosial secara efektif untuk tujuan perniagaan.
  • Membina kesinambungan latihan dari asas kepada aplikasi praktikal.

3. SASARAN PESERTA

  • Usahawan mikro/kecil
  • Pelajar bidang keusahawanan
  • Peniaga online
  • Pekerja agensi/NGO yang mengurus media sosial
  • Individu yang ingin mula membina jenama digital

4. BUTIRAN PROGRAM

SIRI 1: Asas Pemasaran & Keperluan Digital Marketing (Daftar – Klik Di Sini)

🕘 Tarikh: 13 Jul 2025 | Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
💰 Yuran: RM50/peserta
📍 Mod: Offline | Lokasi: Bandar Baru Bangi

  • Kandungan Modul:
  1. Pengenalan Pemasaran Zaman Moden
  2. Apa Itu Digital Marketing?
  3. Kenapa Perniagaan Kecil Perlu Online?
  4. Kesilapan Umum Usahawan Dalam Digital
  5. Teaser: Bagaimana Video Marketing Boleh Meletupkan Jualan

SIRI 2: Video Marketing & Content Creation Terkini (Daftar – Klik Di Sini)

🕘 Tarikh: 17 Ogos 2025 | Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
💰 Yuran: RM150/peserta
📍 Mod: Offline (lokasi latihan Bandar Baru Bangi)

  • Kandungan Modul:
  1. Trend & Strategi Video Marketing 2025
  2. Kenali Platform Terbaik (TikTok, YouTube, Instagram Reels)
  3. Teknik Menyusun Skrip & Hook Video
  4. Asas Shooting Guna Smartphone
  5. Editing Ringkas Guna Aplikasi (Contoh: CapCut, VN, Canva)
  6. Hands-On: Rakam, Edit & Terbit Video Anda Sendiri
  7. Teknik Call-To-Action Yang Berkesan

5. KAEDAH PENYAMPAIAN

  • Pembelajaran interaktif
  • Demonstrasi secara langsung
  • Latihan praktikal (hands-on)
  • Kajian kes sebenar (real-world examples)
  • Sesi soal jawab dan networking

6. TENAGA PENGAJAR

Disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Schamps Creative Solutions Sdn Bhd, pakar dalam latihan pemasaran digital, penciptaan kandungan, dan video untuk usahawan serta organisasi tempatan.

7. PENUTUP

Program dua siri ini dirangka secara strategik — Siri 1 membuka pintu kesedaran dan Siri 2 membina kemahiran praktikal, seiring dengan keperluan semasa. Ia bukan sahaja memberi nilai kepada peserta, tetapi juga peluang untuk mereka berkembang dalam dunia digital yang kompetitif hari ini.

Kami percaya inisiatif ini mampu memberi impak positif kepada para peserta dan mendorong lebih ramai usahawan menggunakan pendekatan digital yang berkesan.

 017-300 7878

KURSUS-KURSUS LAIN MENANTI ANDA!

KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGINGKURSUS PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING
KURSUS PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG ASLIKURSUS PEMASARAN DIGITAL
TEAM BUILDINGKURSUS GUBAHAN BUNGA KORPORAT
PORTFOLIO

TESTIMONI

 

 

 

Biodata Jurilatih

Nama : BAHARIM BIN SUKARI

Jawatan: PENGARAH URUSAN

Syarikat: SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.