Home Business Gig Economy: Masa depan Kerjaya Gen Y dan Z

Gig Economy: Masa depan Kerjaya Gen Y dan Z

1261
0

 

Gig Economy, Masa depan Kerjaya Gen Y & Z

Apa itu Gig Economy? Terminologi baru yang semakin menular ini merupakan satu fenomena yang sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara Barat sejak tahun 80an lagi. Namun ianya semakin popular dan menular tatkala ini apabila persekitaran ekonomi dunia yang dinatijahkan dari keadaan dan kemelut politik yang semakin tidak menentu dan tidak stabil menyebabkan ramai tenaga kerja yang ‘job hop‘ (lompat kerja) dan akhirnya membuat keputusan untuk bekerja sendiri. Inilah antara faktor utama berkembangnya Gig Economy.

Jurang harapan dan realiti yang begitu besar antara kemahiran dan pendapatan, tekanan kerja dan pelbagai aspek lain menyebabkan ramai tenaga kerja baru dan muda terutamanya merasa kecewa dan tidak puas hati dengan keadaan ini akhirnya mengambil keputusan untuk menentukan nasib diri dengan terjun ke industri dengan menceburkan diri dalam Gig Economy.

Maka apakah yang dimaksudkan dengan Gig Economy ini?

Salah satu maksud perkataan ‘gig’ ialah ‘any job, especially one of short or uncertain duration.’ (sebarang bentuk kerja khususnya yang berjangkamasa samada pendek atau tidak menentu)

Sementara gig economy pula bermaksud ‘an economic sector consisting of part-time, temporary, and freelance jobs.’ (suatu sektor ekonomi yang merangkumi kerja separa masa, sementara atau tugasan bebas)

Ini bermaksud ianya satu bentuk ekonomi yang telah lama berada di pasaran dengan nama-nama antaranya: kerja kontrak, kerja sambilan, kerja sandaran, ‘temping‘ (terma yang digunapakai di New Zealand dan Australia suatu ketika dahulu dari kata asal ‘temporary work‘) dan pelbagai lagi nama yang digunapakai untuk menggambarkan kerja yang tidak tetap dan bersifat kontrak.

Namun ‘freelance‘ atau kerja bebas lebih sinonim dengan gig economy yang semakin mendapat tempat di kalangan para anak muda. Memandangkan ianya bersifat sementara dan selalunya memberi pulangan yang lumayan, ramai tenaga kerja yang semakin berminat untuk terjun ke dalam ekonomi yang sedang menjadi revolusi dan berevolusi ini.

Salah satu pemacu utama beralihnya kiblat dan perspektif dari yang berpaksikan ‘makan gaji’ kepada ‘bekerja sendiri’ ialah nilai generasi baru yang sangat berbeza dari generasi-generasi terdahulu. Amat sukar untuk mendapat pekerja yang mampu bertahan di sesuatu organisasi untuk tempoh masa yang panjang. Kebosanan dan sukar menerima arahan merupakan antara faktor utama hal ini berlaku. Tekanan kerja juga antara sebab mengapa ramai yang memilih untuk menjadi BOSS sendiri.

Antara bentuk perniagaan yang telah lama menyumbang kepada gig economy termasuklah antaranya pekerja-pekerja dan pakar-pakar yang terlibat dalam industri perfileman, latihan & rundingcara, pembangunan, minyak & gas, katering dan pelbagai lagi industri lain.

Namun tidak dapat dinafikan salah satu industri terkini yang memberi kesan besar dan penyumbang terbesar kepada gig economy ialah online marketing. Ini kerana ramai surirumah tangga, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mereka yang tidak mempunyai modal antaranya yang boleh terlibat dengan perniagaan ini secara kecil-kecilan namun di kemudian hari mampu membawa pulangan yang besar dan lumayan.

Terdapat banyak kelebihan apabila kita berkecimpung dalam gig economy ini yang antaranya:-

Menjana atau menambah pendapatan tanpa batasan. Peluang menjana atau menambah sumber pendapatan dengan usaha sendiri merupakan antara idaman kebanyakan mereka yang ingin mencapai impian

Masa yang fleksibel. Kerja ikut kesesuaian diri. Andai merasa perkara lain lebih penting, tak perlu untuk ambil job tersebut. Untuk keluarga yang sedang membesarkan anak, ini adalah bonos besar kerana di samping mendapat sumber rezeki, anak-anak tidak terabai.

Berniaga sambil menjaga rumahtangga menjadi idaman kebanyakan surirumah… Aqilah Dayana Usahawan Magic Blue. +6019 344 8845. Beliau menjana pendapatan secara sepenuh masa di mana sahaja tanpa mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

 

Modal yang kecil sekaligus risiko yang rendah kerana online marketing tidak memerlukan pejabat yang disewa mahal atau besar. Cukup sekadar beroperasi dari rumah seperti konsep SOHO (Small Office Home Office) atau sekadar ada laptop dan perkhidmatan internet. Penggunaan handphone sahaja pun kadangkala sudah memadai. Pejabat di mana-mana sahaja sebab pasaran adalah di alam maya atau siber asal ada perhubungan internet.

Kepuasan diri yang tinggi. Ini perniagaan milik diri sendiri. Pencapaian sasaran bukan sekadar diukur dengan wang tapi juga mencabar potensi diri.

Kepelbagaian untuk menghilangkan kebosanan membuat perkara yang sama sepanjang masa apabila bekerja di sesebuah jabatan dan di organisasi yang sama bertahun-tahun lamanya.

Mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain samada ‘upstream‘ atau ‘downstream‘.

Menerobos pasaran rentas sempadan. Dunia alam maya tanpa sempadan membolehkan para usahawan Gig Economy untuk berurusniaga seantero dunia.

Pendedahan kepada produk, perkhidmatan atau teknologi baru dan terkini. Dengan penglibatan dalam Gig Economy, idea dan kaedah-kaedah baru dalam pengurusan dan pemasaran juga mudah dan murah dikongsi bersama dengan adanya pelbagai platform di media sosial.

Peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan tanggungjawab sosial dan ‘social enterprise‘.

Banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati dari gig economy ini namun jangan terpedaya kerana setiap sesuatu itu ada kelemahan dan kekurangannya antaranya tiada jaminan gaji hujung bulan, kemungkinan ditipu oleh scammers, tiada ‘fringe benefits‘ atau faedah seperti rawatan perubatan, insuran, bonos, overtime dan lain-lain faedah yang ditanggung oleh syarikat atau organisasi tempat bekerja. Kita tidak akan huraikan dengan panjang lebar kekurangan-kekurangan ini kerana ianya dengan sendirinya akan dialami mereka yang terlibat dalam gig economy ini.

Sebagai persediaan atau penambahbaikan, mereka yang menceburkan diri dalam Gig Economy ini digalakkan untuk mengikuti kursus-kursus pendek untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dalam arus dan gelombang yang bakal mereka tempuhi nanti. Bak kata pepatah: ‘Sediakan payung sebelum hujan’, ‘Kail sejengkal jangan diduga lautan dalam’ kerana ‘Sekali melangkah, jangan berpatah’ dalam menyambut ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ sekaligus bertekad untuk ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’.

Ikuti Kursus The BOSS2020 yang akan dianjurkan oleh SC Creative Solutions Sdn Bhd (program ini akan menampilkan Pengarah Urusan dan Usahawan All-Rounder Baharim Sukari) dengan usahasama Cerna Minda Sdn Bhd (yang diterajui oleh CEO CMSB Human Capital Sdn Bhd Champ Hussain) sebagai wadah melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran & sikap dalam menongkah arus Gig Economy yang semakin mendapat tempat di hati para usahawan mahupun pelanggan.

Hubungi kami di FB Majalah Minda Niaga atau WA:  +6017-3007878 atau +6017-655 0032

 

Oleh;

Champ Hussain adalah Facilitative Trainer & Learning Consultant dalam pelbagai bidang pengurusan, keusahawan dan ‘softskills’. Beliau telah terlibat dan berpengalaman lebih dari 18 dalam industri Gig Economy itu sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.