Saya masih ingat tarikh pertama saya memulakan kerjaya di Onkyo Electronic (M) Sdn. Bhd.—4 September 1991, dengan nombor pekerja FGW610. Ketika itu, saya bekerja sebagai Warehouse Clerk dan menguruskan inventori Finished Goods seperti amplifier, CD player, cassette deck, tuner dan sound system.
Antara tugas saya ialah menyediakan invoice, Delivery Order (DO), borang kastam dan packing list bagi penghantaran eksport.
Pada waktu itu, semua dokumen perlu ditaip secara manual menggunakan mesin taip. Jika satu penghantaran memerlukan empat dokumen, empat kali jugalah maklumat yang sama perlu ditaip satu per satu. Jika tersilap, dokumen mungkin perlu dibuat semula.
Daripada Mesin Taip Kepada Excel
Pada tahun 1994, saya mula menggunakan komputer. Walaupun Excel memudahkan kerja, kami masih belum mempunyai sistem yang betul-betul menghubungkan semua dokumen.
Saya mula terfikir:
“Mengapa maklumat yang sama perlu dimasukkan berulang kali?”
Saya kemudian menggunakan Sheet 1 sebagai Master. Maklumat hanya dimasukkan sekali. Sheet 2, Sheet 3 dan Sheet 4 pula diformatkan untuk menghasilkan Invoice, DO dan Packing List menggunakan formula Excel.
Hasilnya, sekali masukkan data, tiga dokumen terus siap.
Daripada pengalaman itu, saya belajar satu perkara penting:
Jangan buat berulang kali perkara yang boleh disistemkan.
Ramai Masih Menyediakan Invois Cara Lama
Hari ini teknologi sudah jauh berubah. Namun, masih ramai peniaga menyediakan invois menggunakan Microsoft Excel atau Word.
Cara ini tidak salah, tetapi apabila pelanggan dan transaksi semakin bertambah, beberapa masalah mudah berlaku:
- Maklumat pelanggan perlu ditaip berulang kali.
- Nombor invois boleh bertindih atau tidak tersusun.
- Invois sukar dijejaki selepas dihantar.
- Peniaga terlupa tarikh akhir bayaran.
- Rekod bayaran bercampur dan laporan perlu dibuat secara manual.
Akhirnya, invois sudah dihantar tetapi bayaran lambat diterima kerana tiada rekod dan tindakan susulan yang sistematik.
Invois Yang Sistematik Memudahkan Pelanggan Membayar
Invois yang baik perlu jelas, lengkap dan mudah difahami. Pastikan invois mempunyai:
- Nombor invois yang tersusun.
- Nama dan maklumat pelanggan.
- Butiran produk atau perkhidmatan.
- Jumlah yang perlu dibayar.
- Tarikh invois dan tarikh akhir bayaran.
- Maklumat akaun atau kaedah bayaran.
Apabila semuanya jelas, pelanggan lebih mudah membuat semakan, mendapatkan kelulusan dan melaksanakan bayaran.
Daripada Pengalaman Kerja Kepada M Niaga BizTracker
Pengalaman menguruskan dokumen sejak 1991 menjadi antara asas kepada pembangunan M Niaga BizTracker—sebuah sistem yang dibangunkan untuk membantu usahawan menguruskan dokumen dan rekod kewangan dengan lebih mudah, cepat dan tepat.
Melalui M Niaga BizTracker, usahawan boleh menyediakan quotation dan invoice, merekod pendapatan serta perbelanjaan, menyimpan maklumat pelanggan dan melihat laporan perniagaan dalam satu tempat.
Tidak perlu lagi membuka banyak fail Word atau Excel. Tidak perlu menaip maklumat yang sama berulang kali. Rekod juga lebih mudah dicari apabila diperlukan.
Kesimpulan
Invois bukan sekadar dokumen meminta bayaran. Invois ialah sebahagian daripada sistem pengurusan kewangan sesebuah bisnes.
Jika invois lambat disediakan, tidak lengkap atau tidak dijejaki, bayaran pelanggan juga boleh menjadi lambat. Apabila invois diuruskan secara sistematik, kerja menjadi lebih mudah dan aliran tunai lebih terkawal.
Sudah tiba masanya beralih daripada cara manual kepada sistem yang lebih praktikal.
M Niaga BizTracker—mudah, cepat, tepat dan siap dengan laporan.
Mulakan secara percuma di: https://m-niaga.com.my/mniaga-biztracker/
Short, Simple but Smart.
Tentang Penulis
Baharim Sukari merupakan usahawan, trainer dan business coach yang berpengalaman dalam bidang pengurusan, jualan, keusahawanan, AI, content creation dan digital marketing. Beliau pernah berkhidmat dalam sektor korporat bersama Onkyo Electronic (M) Sdn Bhd dalam bidang Sales, Logistics & Export sebelum menceburi dunia keusahawanan dan latihan.
Pengalaman daripada dunia korporat, coaching serta mengurus perniagaan sendiri banyak membentuk pendekatan beliau terhadap kepentingan sistem, data dan pemantauan prestasi dalam membuat keputusan perniagaan. Beliau juga merupakan pengasas M Niaga, platform majalah perniagaan online, serta membangunkan M Niaga BizTracker bagi membantu usahawan dan PMKS mengurus serta merekod kewangan perniagaan dengan lebih mudah dan tersusun.
Ingin menjalankan program/ kursus khas untuk organisasi anda?
Hubungi kami untuk mendapatkan cadangan program yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat, jabatan atau agensi anda. Program boleh dijalankan secara in-house atau public, dan layak HRD Corp Claimable untuk organisasi yang memenuhi syarat.
📞 Hubungi kami : 017-300 7878
📲 WhatsApp sekarang [KLIK DI SINI]

















