Home Education & Training AKADEMI IHAQIF BAWA PENDEKATAN PSIKOLOGI TARIK MINAT KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA DALAM MASA...

AKADEMI IHAQIF BAWA PENDEKATAN PSIKOLOGI TARIK MINAT KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA DALAM MASA 7 HARI

12
0

Oleh Baharim Sukari

PUTRAJAYA – Pendekatan unik menggabungkan psikologi kanak-kanak dan teknik “story learning” yang digunakan oleh Akademi Ihaqif kini mula mendapat perhatian ramai selepas kejayaan mereka membantu kanak-kanak belajar membaca dalam tempoh singkat.

Kejayaan akademi tersebut turut diraikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2026 yang berlangsung meriah di Pulse Grande Hotel, Putrajaya pada 16 Mei 2026 lalu dengan kehadiran ibu bapa, pelajar dan tenaga pengajar.

Pengasas Akademi Ihaqif, Niza Khalid (Gambar dari petikan Berita TV Alhijrah)

Pengasas Akademi Ihaqif, Niza Khalid berkata, pendekatan pembelajaran yang digunakan mereka bukan sekadar mengajar huruf dan membaca semata-mata, tetapi lebih menekankan elemen keseronokan dan psikologi emosi kanak-kanak.

“Kanak-kanak generasi Alpha tidak boleh diajar dengan pendekatan biasa sahaja. Sebab itu kami gabungkan elemen pendidikan awal kanak-kanak bersama teknik story learning supaya mereka rasa seronok semasa belajar membaca.

“Bila anak-anak mula minat dan rasa belajar itu mudah, proses membaca menjadi lebih cepat dan mereka boleh pandai membaca dalam tempoh sekitar 15 hari, Insyaa-Allah,” katanya.

Menurut beliau lagi, pendekatan tersebut membantu kanak-kanak lebih fokus dan mudah menerima pembelajaran secara online tanpa tekanan.

Aida Sheila Binti Mohamad mengakui beliau sendiri terkejut dalam tempoh 15 hari sahaja boleh mengenal huruf dan membaca. (Gambar dari petikan Berita TV Alhijrah)

Sementara itu, seorang ibu, Aida Sheila Binti Mohamad mengakui beliau sendiri terkejut melihat perubahan anak-anaknya selepas mengikuti kelas membaca online di Akademi Ihaqif.

“Sebelum masuk kelas, anak-anak saya memang zero langsung. Tak kenal huruf dan tak pandai membaca. Saya memang sangat risau sebagai ibu.

“Tapi selepas 15 hari sahaja, Alhamdulillah mereka bukan sahaja boleh membaca malah terus kenal huruf dan pandai menulis. Memang sangat besar perubahan mereka,” katanya.

Beliau menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sangat berbaloi dan memberi keyakinan baru kepada ibu bapa.

Adzauwati Binti Mohammad Adzmi berkongsi pengalaman anaknya yang mempunyai masalah disleksia dan speech delay berjaya membaca dalam tempoh hanya tujuh hari. (Gambar dari petikan Berita TV Alhijrah)

Lebih menyentuh hati apabila seorang lagi ibu, Adzauwati Binti Mohammad Adzmi berkongsi pengalaman anaknya yang mempunyai masalah disleksia dan speech delay berjaya membaca dalam tempoh hanya tujuh hari.

“Bukan mudah nak ajar anak speech delay dan disleksia. Huruf b dan d selalu terbalik, susah nak ingat dan percakapan pun belum lancar.

“Tapi di Akademi Ihaqif mereka ada cara tersendiri untuk bantu anak-anak seperti ini. Sekarang anak saya bukan sahaja boleh membaca malah boleh bantu kawan-kawan lain di sekolah dan dapat A dalam semua subjek,” katanya penuh syukur.

Beliau turut menyeru ibu bapa yang mempunyai anak-anak dengan cabaran pembelajaran supaya tidak mudah berputus asa.

Majlis Anugerah Cemerlang 2026 itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada pelajar dan guru cemerlang sebagai penghargaan atas usaha serta pencapaian sepanjang sesi pembelajaran.

Dengan slogan “Bersama Bimbing Generasi”, Akademi Ihaqif terus komited membantu lebih ramai kanak-kanak membina keyakinan diri melalui pendekatan pembelajaran moden yang menyeronokkan dan efektif.

PAKEJ IKLAN (KLIK DI SINI)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.