Home Food & Beverages Preview Iftar/ Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 di Bangi Golf Resort Clubhouse

Preview Iftar/ Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 di Bangi Golf Resort Clubhouse

40
0

Preview Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 di Bangi Golf Resort Clubhouse

Bangi, 18 Januari 2025 – Bangi Golf Resort (BGR) Clubhouse telah menjadi tumpuan apabila lebih 300 pemain media, termasuk bloger, influencer, dan YouTuber, menghadiri majlis Preview Buffet Ramadan Riang Rasa 2025. Majlis ini memperkenalkan pelbagai hidangan istimewa yang bakal memikat selera sempena Ramadan tahun ini.

Buffet Ramadan di BGR kali ini menampilkan gabungan citarasa moden dan tradisional, termasuk menu istimewa seperti Kambing Golek, Sup Kambing Mamak, Satey dengan kuah istimewa, Nasi Maqlubah, serta pelbagai manisan tradisional dan kuih-muih yang memukau. Sebagai tambahan, pengunjung juga bakal menikmati menu baharu hasil sentuhan chef selebriti dari Kemboja, yang memberikan pengalaman gastronomi unik kepada para pengunjung.

BGR, yang memiliki sijil Halal Jakim dan HACCP, menjamin kesucian, kualiti, dan keselamatan makanan yang dihidangkan. Dengan kemudahan lebih 800 petak parkir percuma dan surau yang luas, BGR memastikan keselesaan pengunjung sepanjang berada di lokasi.

Harga buffet yang ditawarkan adalah berpatutan, iaitu RM64+ untuk dewasa dan RM34+ untuk kanak-kanak. Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 ini akan berlangsung bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025.

Untuk TEMPAHAN dan maklumat lanjut, pengunjung boleh menghubungi pihak Bangi Golf Resort TEMPAHAN (KLIK DI SINI)atau hubungi melalui WhatsApp (KLIK DI SINI) Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa di BGR!

Oleh Baharim Sukari / baha@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.