Home Alarm & Security System Syarikat Pengawal Keselamatan Mengikuti Kursus Problem Solving Dalam Mencari Solusi Perniagaan

Syarikat Pengawal Keselamatan Mengikuti Kursus Problem Solving Dalam Mencari Solusi Perniagaan

189
0

220022 BicaraNiaga: Penyelesaian Punca Masalah, Solusi Pembangunan Perniagaan | Karisma Cergas S/B

Keselamatan adalah merupakan suatu perkara yang sangat penting tidak kira di mana jua kita berada.

BicaraNiaga kali ini saya diberi peluang untuk bersama kumpulan pengurusan syarikat Karisma Cergas Sdn Bhd dan mengendali Kursus “Thinking Skills & Problem Solving” selama dua hari.

Setiap organisasi atau perniagaan tidak lari dari berdepan dengan pelbagai konflik dan masalah. Bagi syarikat Karisma Cergas ianya bukanlah satu halangan bagi memastikan perjalanan mereka terus berkembang maju. Bagi mereka setiap permasalahan pasti ada solusinya. Kursus dua hari ini memberi fokus terhadap menganalisa punca masalah melalui data-data sebelum, mencari solusi dan seterusnya membuat tindakan (action plan).

Penglibatan keseluruhan kakitangan dan pengurusan tertinggi syarikat adalah satu pendekatan yang sangat penting dalam mencapai misi dan visi syarikat.

Dalam program kali ini saya menekankan SUKSES (Sistem, Ukhwah, Komited, Solusi, Etika dan Strategi) sebagai strategi untuk mencapai “Goals” syarikat.

Oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.