Home Agriculture XN2013 XplOrasiNiaga: Ladang Bunga Kantan, Usahawan Tani Muda Jadi Contoh “Tuah Berbudi...

XN2013 XplOrasiNiaga: Ladang Bunga Kantan, Usahawan Tani Muda Jadi Contoh “Tuah Berbudi Pada Tanah”

1094
0

XN2013 XplOrasiNiaga: Ladang Bunga Kantan, Usahawan Tani Muda Jadi Contoh “Tuah Berbudi Pada Tanah”

Usahawan pilihan XplOrasiNiaga kali ini adalah seorang anak muda yang mengusahakan Ladang Bunga Kantan di Bangi, Selangor.

Saqdam dan bunga-bunga kantan hasil dari ladang beliau.

Saqdam Zaim Arffain (31) adalah merupakan anak muda yang bijak dalam memilih dan menentukan kerjaya beliau sekarang. Memilih untuk menanam dan membekalkan bunga kantan, beliau merasakan pilihannya ini adalah pilihan yang tepat. Bermula pada tahun 2015, kini beliau telah membuktikan bahawa bidang pertanian juga mempunyai potensi yang besar dalam membina kerjaya dan mampu meraih pendapatan yang berbaloi.

Saqdam membawa bunga-bunga kantan yang telah mendapat tempahan dari pelanggan.

Bijak menggunakan IT, beliau memanafaatkan media sosial sebagai platform pemasaran, bagi beliau kaedah ini paling berkesan dalam menyalurkan maklumat dan membuat jualan kepada pelanggan ke seluruh pelusuk negeri.

Rizom atau anak-anak benih pokok bunga kantan juga mendapat pasaran yang baik

Setelah 7 tahun berkecimpung dalam sektor pertanian ini, perniagaan beliau kini dalam fasa peningkatan dan pembangunan.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menghubungi beliau, anda boleh klik link ini: http://linktr.ee/ladangkantanbangi

Oleh Baharim Sukari
baha@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.