Home Farming & Agriculture UPM – BAV KOMERSIL VAKSIN KAMBING

UPM – BAV KOMERSIL VAKSIN KAMBING

185
0

SERDANG – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan BIO-Angle VACS Sdn Bhd telah berjaya mengkomersilkan inovasi vaksin STVac7 semburan intranasal untuk kambing dan biri-biri bagi mencegah penyakit yang menyerang paru-paru atau pneumonia.

Kerjasama ini adalah hasil daripada jualan paten RM4 juta UPM kepada syarikat BIO-Angle VACS Sdn Bhd (BAV) pada 24 September 2021 yang lalu.

BAV kini dalam proses membina fasiliti bernilai RM8 juta untuk pengeluaran STVac7. Fasiliti bakteria vaksin bertaraf GMP ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan mampu membuat pengeluaran sehingga 300,000 botol dalam masa setahun. Ianya telah pun 80% siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku terakhir 2022 setelah mendapat persijilan dan akreditasi GMP daripada badan kawal selia tempatan.

Vaksin STVac7 merupakan vaksin jenis semburan intranasal bagi mencegah penyakit paru-paru atau pneumonia yang menyerang kambing dan biri-biri. Projek yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Zamri Saad dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM menerangkan vaksin yang dibangunkan ini mampu memberikan lebih 90% perlindungan terhadap penyakit pneumonia yang disebabkan oleh virus Pasteurella haemolytica yang boleh menyerang 60% populasi kambing dan bebiri di dunia.

Menurut Prof. Dr. Mohd Zamri Saad, vaksin STVac7 dicipta dengan menggunakan bakteria terpencil tempatan yang didapati mampu memberi perlindungan daripada jangkitan bakteria ‘Mannheimia haemolytica’ A2, A7 dan A9. Ini terbukti memberi perlindungan yang lebih berkesan untuk menangani penyakit tersebut. Memandangkan sistem pernafasan merupakan kaedah utama jangkitan berlaku, maka konsep vaksin ini adalah untuk memperkukuhkan tahap ketahanan sistem badan pada sistem pernafasan.
Pemberian vaksin ini secara semburan pada hidung memberi perlindungan kepada sistem pernafasan kambing dan biri-biri secara setempat dan sistemik. Dengan ini meningkatkan kadar keberkesanan proses vaksinasi. Kaedah ini turut memendekkan 80% masa pemvaksinan.

Ujian yang dijalankan oleh pihak FPV dengan kerjasama daripada pihak BAV, hasil dapatan kajian lapangan dan kajian klinikal, jika vaksin tersebut digunakan mengikut protokol yang disyorkan, ia mampu mengurangkan kadar mortality (kadar kematian) sehingga 3-5% dan tidak memerlukan tempoh penarikan sebelum proses penyembelihan.

Untuk pembelian produk sila klik https://sciencepark.upm.edu.my/produk_upm/produk_penternakan-11681

Maklumat lanjut berkaitan inovasi / pengkomersialan hasil penyelidikan UPM:
Cik Nor Azizah Ismail
Pegawai Eksekutif
Bhgn. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi
Putra Science Park UPM
017-6844721 | i_norazizah@upm.edu.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.