Home Agriculture BN230033 Penanaman Jagung Manis Tok Bali Meraih Pendapatan Berbaloi

BN230033 Penanaman Jagung Manis Tok Bali Meraih Pendapatan Berbaloi

88
0

Tok Bali, Pasir Puteh – “Berbudi pada tanah” pasti akan menikmati hasilnya, inilah yang menjadi pegangan Abang Mohd Rofi Jusoh yang mengusahakan penanaman jagung manis. Bagi beliau adalah menjadi satu kerugian bagi mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak diusahakan.

 

Kebiasaanya Abang Mohd Rofi mengusahakan tanaman tembikai, tetapi lain pula kali ini. Melihat kepada permintaan jagung yang tinggi dan kurang persaingan, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan jagung manis.

Isteri Abang Mohd Rofi membantu dalam penjualan jagung.

Kebiasaannya Abang Mohd Rofi akan menjual 300 ke 400 tongkol jagung dalam sehari terutamanya pada musim cuti perayaan.

Lokasi kebun jagung Abang Mohd Rofi di Kampung Pak Mayung, Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan.

Oleh: Baharim Sukari | baha@m-niaga.com.my

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.