Home Charity SIRI 1 – LIPUTAN PROGRAM S.I.N.A.R CHARITY PERAPIM @Rumah Penyayang Anak Yatim...

SIRI 1 – LIPUTAN PROGRAM S.I.N.A.R CHARITY PERAPIM @Rumah Penyayang Anak Yatim & Asnaf Ulu Yam

150
0

SIRI 1 – LIPUTAN PROGRAM S.I.N.A.R CHARITY PERAPIM @Rumah Penyayang Anak Yatim & Asnaf Ulu Yam

BATANG KALI – 30 OKT Pertubuhan Amal Pendidikan Dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) ditubuhkan pada 8 Julai 2015. Pertubuhan ini berfokus menjalankan aktiviti Amal, Pendidikan Dan Pembangunan Insan. Pernah mengendalikan lebih 40 program amal, motivasi utk anak IPTA, IPTS, sekolah rendah, menengah, karnival dan siri jelajah bantuan.

Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) telah melaksanakan Program S.I.N.A.R (SAYANG INSAN ALLAH REDHA) bersama Chef Sabri dan PU Yeop 2021, Siri 1 ini bertujuan menyantuni anak yatim dan program gotong royong membaiki kerosakan akibat banjir di Rumah Anak-anak Yatim Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateh Al-Idrisiah Selangor (DAAFIS).

Program ini merupakan satu program kerjasama MPKK Kampung Batu 30 dan turut dihadiri oleh beberapa jemputan VIP antaranya Ybhg Dato’ Sri Dr. Hj Ruslan B. Hj Salam – Penaung PERAPIM, En. Sabri B. Mat Dilu – Pengerusi PERAPIM, En. Mohamad Nizam – Penasihat Pembangunan Modal Insan PERAPIM, Tuan Assoc Prof. Dr. Abdul Rani B. Kamarudin Penasihat Undang-undang PERAPIM, En. Baharim Bin Sukari – Konsultan Publisiti Dan Pemasaran PERAPIM, Chef Sabri – Chef Selebriti Malaysia, Ustaz Mohd Hafiz B. Tajuddin – Pengasas Dan Mudir Dar Asnaf Al Fateeh Selangor, Ustaz Pu Yeop – Penceramah Selebriti Malaysia dan En. Rashid Bin Rasol – Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK Batu 30.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.