Home IT & Gadgets Tiada Website Untuk Perniagaan Anda Lagi?

Tiada Website Untuk Perniagaan Anda Lagi?

61
0

Bismillah

Sebenarnya, website adalah satu elemen yang amat penting dalam penjenamaan perniagaan anda. Orang bertambah yakin apabila anda mempunyai website.

Kenapa begitu?

Mudah sahaja, apabila anda mempunyai website, bakal pembeli lebih mudah mendapatkan info tambahan mengenai produk atau entiti perniagaan anda.

Lagi banyak info yang mereka perolehi, lagi bertambah yakin kerana mereka lebih mengenali anda.

Senang cerita kita lebih mudah berurusan dengan orang yang kita dah kenal berbanding orang yang kita tidak kenal.

Kebiasaan website mempunyai 5 halaman iaitu:

TENTANG KAMI

– Disini anda menerangkan sedikit sebanyak info tentang perniagaan anda

KEDAI ONLINE/KATALOG PRODUK

– Disini anda juga boleh meletakkan gambar, video dan info tambahan mengenai produk anda. Lagi banyak info, lagi yakin pembeli nak membeli produk anda

TESTIMONI

– Di sini anda meletakkan testimoni pengguna yang telah menggunakan produk anda. Lagi banyak testimoni, lagi yakin bakal pembeli.

HUBUNGI KAMI

– Ini amat penting, sebab pembeli nak pastikan bahawa perniagaan anda adalah WUJUD dan bertapak di bumi yang nyata. Zaman banyak scammer ni memang membuatkan pembeli takut nak berurusan.

GALERI

– Galeri aktiviti anda juga amat penting, sebab nak nampak perniagan anda ini hidup dan bernyawa. Jika perniagaan tiada aktiviti, memang ada satu perasaan macam perniagaan ini mati. Lagi banyak aktiviti, lagi bernyawa perniagaan anda.

Itulah salah satu daripada kepentingan mempunyai website.

Jika anda berminat untuk membina website, kami juga menawarkan servis. Boleh layari https://mndigital.com.my atau boleh wassap kami di https://wassap.my/60148242210/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.