Home Inspirasi Niaga AYAQ WORLD MASA DEPAN KAKYAA

AYAQ WORLD MASA DEPAN KAKYAA

85
0
Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki atau lebih dikenali sebagai Kakyaa merupakan salah seorang usahawan Ayaq World

OLEH: KIRTHANA RAMASAMY / UPM

AYAQ WORLD SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan, pengeluaran dan pemasaran minuman dalam botol yang berasaskan jus buah-buahan sebenar.

AWSB menawarkan peluang perniagaan secara di atas talian kepada usahawan yang terdiri dari pelbagai latar belakang samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Peluang ini bagi membantu peningkatan ekonomi peribadi mahupun keluarga.

AWSB telah bermula dari tahun 2014 dan berniaga di pasar malam dengan hanya menjual jus mangga sahaja. Kini, AWSB telah melangkah lebih jauh dengan sembilan produk air minuman yang telah dibotolkan dan mempunyai 1,000 orang ejen jualan di seluruh Malaysia.

Memulakan perniagaan jus mangga di bazaar ramadhan pada tahun 2014 dengan satu tapak bazaar dan dikembangkan menjadi tiga tapak bazaar. Mampu menjual jus mangga sebanyak 30 hingga 50 balang sehari.

Pada tahun 2016, tapak bazaar telah ditukar oleh pihak berkuasa tempatan dan mula mengalami penurunan dalam jualan. Penurunan jualan secara mendadak membuka peluang perniagaan kepada air pasar malam secara atas talian.

Jus mangga telah di botolkan dan cara jualan difokuskan secara talian. Permintaan semakin meningkat saban hari menyebabkan pihak AWSB telah mencari dan berpindah ke tempat pemprosesan yang lebih luas dan besar.

Pada tahun 2017, AWSB telah didaftarkan secara rasmi dengan nama AYAQ WORLD SDN BHD dan mula memperkenalkan sistem ejen dan stokis. Sehingga Ogos 2020, AWSB telah mempunyai enam outlet seluruh Malaysia dan lebih 1 juta botol air telah dijual.Sehingga hari ini, AWSB berjaya membuka tiga kilang baru.

Visi AWSB adalah mencapai status pks bersaiz sederhana sebagai pengeluar minuman berasaskan buah-buahan segar yang memenuhi status HACCP dan HALAL serta pengilang berstatus. Iso dengan pusingan nilai jualan 20 juta menjelang Julai 2022.

Misi empat tahun Ayaq World sdn bhd dijana dengan strategik bagi memastikan gerakan bersepadu yang konsisten.

Misi Ayaq World yang pertama adalah memasuki pasaran runcit melalui kolaborasi rakan niaga. Kedua ialah kempen misi penganggur berkerjaya dalam projek balang Ayaq World. Ketiga ialah membuka sepuluh pusut pengedaran Ayaq World sdn bhd. Keempat, kilang pengeluar produk minuman berasaskan buah-buahan dan misi yang terakhir adalah Ayaq World Global Sdn Bhd.

Pengasas Ayaq World Sdn Bhd adalah Siti Aisyah Kamaruddin, seorang wanita muda yang mempunyai iltizam yang tinggi. Pada usia yang muda, Siti Aisyah Kamaruddin telah membangunkan syarikat dengan usaha dan modal sendiri.

Berkelulusan dalam bidang perakaunan, Siti Aisyah amat mementingkan pengurusan dan pentadbiran yang holistik bagi memastikan pembangunan syarikat sentiasa berada di landasan yang betul. Minat dalam bidang keusahawanan yang tinggi telah menyuntik semangat beliau untuk terus memacu perniagaan bumiputera dan sekaligus komited membuka peluang kepada usahawan kecil yang lain untuk bersama beliau mengembangkan ekonomi kendiri dan keluarga.

Siti Aisyah telah dianugerahkan NONA BEST YOUNG ENTREPRENEUR AWARD pada tahun 2018 atas pencapaian beliau di dalam bidang perniagaan.

Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki atau lebih dikenali sebagai Kakyaa merupakan salah seorang usahawan Ayaq World

Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki atau lebih dikenali sebagai Kakyaa adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan menjual Jus buah-buahan atau lebih dikenali sebagai Ayaq World. Beliau berumur 25 tahun dan berasal dari kedah. Beliau pernah menuntut ilmu di sekolah sukan Bukit Jalil.

Beliau merupakan bekas atlet negara dalam sukan olahraga bagi acara lompat jauh. Catatan peribadi beliau adalah 6.24m dan beliau juga pernah mencuba untuk memecahkan rekod kebangsaan yang sejauh 6.29m. beliau pernah layak ke pertandingan-pertandingan kebangsaan dan juga antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah beliau menyertai adalah World Junior Championship, Sea Games, dan juga World University Games.

Pada waktu yang sama, beliau juga merupakan seorang pelajar mahasiswi. Beliau belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan buat masa sekarang beliau menjalani latihan pratikal.Pada tahun 2019, Kakyaa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang peninju negara Arfiqanie Ahmad dan mereka memperoleh cahaya mata pertama pada Oktober yang lalu.

Di awal permulaan perniagaan Ayaq World, Kakyaa hanya ingin mencuba dunia perniagaan secara suka-suka dan pada waktu yang sama niat beliau adalah mencari duit poket tambahan kerana beliau masih lagi seorang mahasiswi.

Dengan bermodalkan RM350.00 beliau bergabung perniagaan dibawah Siti Aisyah Kamaruddin. Siti Aisyah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada Kakyaa bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sama seperti beliau.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Kakyaa adalah pengurusan agent yang terlalu ramai di awal permulaan perniagaan. Hal ini kerana, beliau seorang yang baharu dalam dunia perniagaan dan apabila menerima sambutan dari seramai 800 orang ia agak memeningkan kepada beliau di awal perniagaan. Selain itu, terlalu banyak perkara yang dihadapi di permulaanya dan antaranya ialah penyampaian maklumat kepada setiap seorang agent, feedback pelanggan, bagaimana cara membuat perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dan sebagainya.

Perjalanan hidup beliau agak memenatkan apabila diwaktu yang sama beliau perlu menghadiri kuliah dan selepas itu menjalani Latihan harian beliau di Majlis Sukan Negara. Kakyaa berkata, pada ketika itu,beliau berasa tidak cukup tangan kerana perlu menyiapkan tugasan Universiti, perlu hadiri Latihan harian dan menumpukan fokus yang sepenuhnya serta menguruskan agent beliau seramai 800 orang. Beliau berkata kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk menjamah makanan.

Salah satu duka beliau ialah apabila perlu menanggung kerugian yang besar sebanyak RM40,000.00. Tambahan pula pada waktu itu pendemik COVID-19. Tetapi beliau tidak  berputus asa. Kakyaa berkata setelah hujan pasti ada Pelangi. Sama seperti yang berlaku kepada beliau. Pada tahun pertama Kakyaa menyertai perniagaan Ayaq World, keuntungan bersih sahaja yang beliau perolehi adalah sebanyak RM200k.

Dengan hasil usaha sendiri, Kakyaa berjaya menyelesaikan kesemua hutang-hutang dan juga berjaya memiliki kereta idaman dan rumah sendiri. Dalam usia yang muda, beliau juga memiliki sebuah outlet sendiri di Sungai Petani, Kedah.

Matlamat Kakyaa yang sebenar adalah ingin membantu orang ramai di luar sana terutamanya suri rumah dan anak-anak muda. Hal ini demikian kerana, Kakyaa juga berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan iaitu dimana ibu beliau seorang penjual ikan dan ayah beliau adalah seorang bekas polis.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada era ini, ramai anak-anak muda di luar sana yang mempunyai latar belakang yang lebih susah daripada Kakyaa dan niat Kakyaa ialah meringankan beban ibu bapa mereka. Apabila mempunyai pendapatan sendiri, mereka tidak perlu menyusahkan ibu bapa dan bagi golongan suri rumah mereka tidak perlu bergantung kepada suami mereka apabila ada pendapatan sendiri.

Kakyaa memperkenalkan Ayaq World melalui Instagram. Beliau selalu mempromosikan Ayaq World di story dan feed. Dengan itu, kini ramai mengenali Ayaq World. Bak kata Kakyaa, usaha tangga kejayaan. Jika kita usaha tanpa mengeluh, pasti kejayaan itu akan menjadi milik kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.