Home Inspirasi Niaga Daripada Dropshipper biasa, Kini Founder Syarikat Al-Quran Tagging

Daripada Dropshipper biasa, Kini Founder Syarikat Al-Quran Tagging

273
0

Penulis: Amir Syahiran bin Mohd Fuzi

Pengasas Syarikat eNuur Sdn. Bhd. atau nama produk Sahabat eNuur, Nur Hidayati binti Barudin, 32 tahun, merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan dan kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Lebih mesra dengan panggilan Puan Nur, beliau juga adalah merupakan lepasan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Impian sebenar beliau adalah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan dan didukung penuh oleh ibu bapa. Cita-cita Puan Nur pada mulanya ingin menjadi seorang pensyarah akan tetapi Allah mendorong beliau menceburi bidang perniagaan dan dalam pada masa yang sama, membolehkan beliau meluangkan masa untuk membantu menjaga mertuanya.

Pada mulanya sekitar tahun 2015, beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pada dengan menjadi ‘dropship’ buku. Pada masa itu, ‘dropship’ adalah konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan secara atas talian atau lebih dikenali sebagai ‘Online Business’ kerana ia tidak memerlukan peniaga untuk mengeluarkan modal dan menyimpan stok barang. Selepas daripada itu, Puan Nur mula menjual al-Quran yang biasa dan dari situlah beliau memperoleh pengalaman dalam perniagaan.

Seorang usahawan seharusnya memikirkan cara untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka selain daripada menjual produk tersebut sahaja. “Kami mula menempah al-Quran dan membuat sendiri tanda atau‘tagging’ lalu menampalnya secara manual dalam al-Quran tersebut”, kata beliau, dan Alhamdulillah berkat dari usaha beliau, al-Quran tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau menjadikan rumah sebagai tempat untuk penyimpanan dan pembungkusan al-Quran ‘tagging’ ini lalu berpindah ke kondominium untuk memperluaskan pasaran beliau. Sahabat eNuur secara rasminya ditubuhkan pada 23 Mac 2017 dan sudah 4 tahun syarikat ini bergiat aktif menjalankan perniagaan tersebut.

Syarikat eNuur Sdn. Bhd. ini menggunakan ‘platform’ jualan atas talian sepenuhnya untuk berniaga, memasarkan dan mempromosikan produk mereka iaitu al-Quran ‘tagging’. Perniagaan mereka hanya menggunakan laman sesawang ‘Facebook’ dan ‘Instagram’ kerana pada era globalisasi kini, penggunaan internet atau IT semakin maju dan mengikut arus pemodenan. Hampir 75% ramai orang di seluruh dunia menggunakan laman sesawang untuk membeli barang atau produk. Dengan perniagaan secara atas talian ini, syarikat eNuur dapat menarik perhatian pelanggan dan seterusnya mengaut keuntungan yang lumayan serta menjana pendapatan mereka.

Beliau berpendapat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, nilai penting yang harus ada dalam bidang ini adalah 100% komitmen. Semua orang ingin berjaya, tetapi tidak semua boleh memberikan komitmen yang maksimum. Justeru itu, haruslah sentiasa bersikap positif kerana dalam bidang perniagaan semestinya akan menghadapi pelbagai dugaan, bermula dari langkah pertama hingga langkah-langkah seterusnya, beliau berkata “setiap ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita”.

Objektif dan matlamat beliau dalam Sahabat eNuur ini adalah bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi mahu setiap seisi keluarga mempunyai al-Quran ‘tagging’ daripada produk mereka. Dalam pada masa yang sama, Puan Nur dapat memberi peluang kepada orang lain untuk menjadi ‘dropship’ dan sejurus itu, syarikat eNuur ini dapat menyebarkan dakwah melalui al-Quran ‘tagging’ yang dihasilkan. Perancangan beliau untuk meluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa telah tercapai di mana al-Quran ‘tagging’ ini telah mendapat permintaan dari negara luar, iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Dubai, Afrika, Switzerland, Jepun, Abu Dhabi dan sebagainya. Hasrat beliau sekarang ini hanya untuk mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari bagi membantu mereka yang memerlukan.

Jenis-jenis al-Quran:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.