Home Education & Training Menelusuri Kecemerlangan ‘melangkah tanpa noktah…’

Menelusuri Kecemerlangan ‘melangkah tanpa noktah…’

444
0

Menelusuri Kecemerlangan

‘melangkah tanpa noktah…’

Hubungi kami: www.wasap.my/601119696947/@MN_Buku_Menelusuri_Kecemerlangan

Kecemerlangan merupakan darjat tertinggi pencapaian dalam bidang apa sekalipun samada pendidikan, keusahawanan, sukan, sains, hatta apa sahaja yang menjadi buruan manusia untuk digelar unggul dalam bidangnya masing-masing.

Namun ianya sering disalahertikan dengan kejayaan material semata-mata sedangkan nilai sebenar kecemerlangan itu bukan pada wang ringgit, pangkat, dan harga semata-mata. Ianya melangkaui batas kefahaman minda kerana ianya suatu nilai yang tidak boleh diletakkan tanda harga padanya. Ianya adalah sesuatu yang abstrak dan hanya boleh dihargai dan diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham maksud sebenar kecemerlangan tersebut.

Berbekalkan pengalaman beliau sebagai seorang Trainer yang sudah menempuh pelbagai cabaran dan ujian secara berdepan dengan karenah pelbagai peserta, buku sulong ini merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan sebenar apa yang dimaksudkan dengan kecemerlangan, ciri-cirinya serta pelbagai onak ranjau yang harus dihadapi dan diatasi untuk merungkai maksud yang tersirat dalam mencapai tahap tersebut.

Sesuai untuk semua lapisan pembaca dari peringkat pelajar, para pekerja, pengurusan, usahawan dan sesiapa sahaja yang inginkan sesuatu yang unik dari sudut pandang yang berbeza. Hayati setiap baris yang ditulis untuk memahami segala rahsia yang sarat dalam setiap bab. In shaa Allah setiap bab mempunyai manfaatnya tersendiri yang dapat diamalkan dalam kehidupan sementara ini…

Hubungi kami: www.wasap.my/601119696947/@MN_Buku_Menelusuri_Kecemerlangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.