Home Inspirasi Niaga Detik hitam kehidupan kuatkan tekad, bukan beban

Detik hitam kehidupan kuatkan tekad, bukan beban

88
0

Oleh: SHARIFAH NUR FATIHAH BT SYED NAJARUDDIN

PAHANG:  Bak kata pepatah, menggenggam bara api biarlah sampai menjadi arang.  Begitulah juga prinsip yang digunakan oleh seorang usahawan yang lebih dikenali sebagai Encik Din yang menguruskan perniagaanya sendiri semenjak 10 tahun yang lalu.  Bermula dengan bekerja di bawah institusi Felda sebagai pengurus kedai, kini hasratnya tercapai untuk memiliki kedai alat telekomunikasi sendiri.  Siapa sangka, dugaan demi dugaan bertalu-talu mendatang sedikit pun tidak mematahkan hasratnya untuk menerusi legasi perniagaannya ini. “Anak-anak dan isteri merupakan asbab kukuh saya berada di tahap ini, bagi memastikan kesempurnaan dan memenuhi keperluan hidup,” Katanya.

“Saya mula terlibat dalam bidang perniagaan sejak saya tamat pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan bekerja makan gaji.  Lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau tidak melanjutkan pengajianya dengan lebih tinggi kerana memberi ruang kepada adik-adiknya yang masih kecil pada masa tersebut”.  Anak sulung daripada enam orang adik beradik itu kemudiannya mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan.  Katanya, “Sejak itu, saya mula menanam minat untuk berniaga. Banyak pengalaman yang saya lalui, ini dapat dijadikan rujukan mahupun pengajaran dalam hidup”.  Menurutnya lagi, dalam perniagaan, “minat itu yang penting kerana dengan minat akan datang seiring dengan usaha, dan sabar itu merupakan kunci dalam diri”.

Hampir setahun menjalankan perniagaan, Ketika jualan masih belum stabil.  Katanya lagi, “ bermulalah detik hitam saya diuji pada ketika ini, dikhianati oleh orang dalam berkali-kali sehingga terpaksa mendapatkan pinjaman wang dari bank  untuk digunakan modal pusingan kerana pada waktu itu saya mengalami kerugian yang dahsyat, pada waktu itu, tuhan sahaja yang tahu dugaan yang saya hadapi”.

“Namun, saya tidak menjadikan dugaan ini sebagai pematah semangat saya dalam bidang perniagaan, pada waktu ini saya cuba untuk mencari peluang dalam mengembangkan perniagaan saya. Bermula dari servis alat telekomunikasi, kini sekarang saya juga menyediakan servis-servis lain seperti membaiki alat telekomunikasi, pengirimiman wang. juga servis makanan ringan, pembayaran online bil dan sebagainya”.   Katanya lagi, penambahbaikan ini dapat menyumbang kepada kepada keuntungan yang besar daripada sebelumnya. “Kini, perniagaan saya telah menjadi tumpuan masyarakat di kawasan ini, mereka suka akan servis dan layanan serta kemudahan yang disediakan”.

Bermula dari dua orang pekerja awalnya, kini sudah berkembang kepada lima orang pekerja.  Katanya lagi, “Pada waktu ini juga, persaingan sangat sengit dengan pengusaha-pengusaha lain yang turut sama menjalankan perniagaan yang sama, namun ianya bukan penghalang untuk saya berputus asa dan masih meneruskan legasi ini sehingga berjaya sehingga kini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.