Home Inspirasi Niaga BAKAL GRADUAN SAINS PERNIAGAANTANI TIDAK MENANG TANGAN TERIMA TEMPAHAN ‘CHEESE TART’

BAKAL GRADUAN SAINS PERNIAGAANTANI TIDAK MENANG TANGAN TERIMA TEMPAHAN ‘CHEESE TART’

785
0

Oleh: SITI NUR LIYANA FARIHAH BT ABD HAMID

Bermula sejak di bangku sekolah lagi, pelajar bacelor sains perniagaantani tahun dua Universiti Putra Malaysia itu telah mula berjinak dengan dunia perniagaan. Fatin Nur Afifah Binti Dzulkifli atau lebih gemar disapa Fatin sudah mulai berniaga ‘dessert cheese tart’ secara kecil-kecilan sewaktu berada di asrama sekolah sejak empat tahun lalu. Pada awalnya, dia hanya membantu ibunya menjual ‘cheese tart’ secara suka-suka, namun bakat dan minatnya semakin terselah apabila dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah Kolej Matrikulasi tempatan pada tahun 2018. Ketika itu, dia banyak menerima tempahan dari rakan-rakannya.

Fatin (di tengah) menghantar tempahan ‘dessert’ dan kuih kepada pelanggannya

Menurutnya lagi, perniagaan ‘cheese tart’ itu semakin konsisten sejak dia berada di rumah awal tahun 2020 berikutan situasi pandemik. Situasi pandemik Covid-19 dilihat dapat membuka peluang luas kepada mahasiswa dalam pelbagai aspek termasuk dalam bidang keusahawanan. Hal ini mendorong pelajar berusia 21 tahun itu mengembangkan semula perniagaannya berikutan banyak masa yang terluang semasa berada dirumah. Tambahannya lagi, peralatan yang lengkap mendorong semangatnya untuk mengembangkan perniagaan ‘cheese tart’.

“Di universiti tidak ada peralatan yang lengkap, tetapi kalau di rumah semuanya lengkap dan bila-bila masa sahaja boleh buat dan hanya perlu bijak menguruskan masa antara kerja dan belajar,” katanya.

Selain menghasilkan ‘cheese tart’ dia juga turut menghasilkan ‘mini cheese cake’, ‘egg tart’, ‘fruit tart’, ‘pavlova’ dan juga ‘brownies’. Menurut Fatin, dia juga mendapat tempahan kuih-muih dan juga kuih raya semasa musim perayaan mengikut permintaan pelanggannya. Antara kuih raya yang dihasilkan adalah ‘jem tart’, camary tart, ‘Almond london’ dan lain-lain.

Gambar-gambar berikut adalah antara ‘dessert’ yang dihasilkan oleh Fatin.

“Terdapat juga pelanggan tetap dari kilang koperasi tempat ayah Fatin bekerja yang selalu membuat tempahan seperti ‘chesee tart, ‘cheese cake’ dan ‘egg tart’ setiap minggu dan kadang-kadang itu dua kali seminggu, “katanya.

Perniagaan yang diuruskan oleh Fatin sekarang ini bukan miliknya sendiri tetapi milik keluarganya. Menurutnya lagi, seluruh keluarga memainkan peranan penting dan terlibat dalam perniagaan tersebut. Ini kerana, kebiasaanya ibu Fatin sendiri yang akan membuat ‘cheese tart’ dan dia akan ringan tangan untuk membantu ibunya. Tambahan pula, kekangan masa dan tempahan yang banyak menyebabkan mereka tidak sempat menguruskan perniagaan dengan konsisten. Kini, Fatin mempunyai banyak masa terluang membolehkan dia menguruskan perniagaan tersebut dengan lebih baik dan terancang.

Kebiasaannya, dia menerima tempahan dalam sehari adalah sebanyak 700 hingga 800 biji ‘dessert’. Meskipun begitu, dia pernah menerima jumlah tempahan yang paling banyak adalah sebanyak 1000 biji ‘cheese tart’ dan lain-lain jenis ‘dessert’ dalam masa sehari. Dan keuntungan yang diperoleh adalah mengikut jumlah permintaan pelanggan. Kini dia dapat menghasilkan ‘cheese tart’ dan juga pelbagai ‘dessert’ dalam kuantiti yang banyak. Menurutnya lagi, baru-baru ini dia menerima tempahan besar untuk ‘door gift weeding’ oleh pelangganya.

Fatin turut berkongsi strategi dan tips yang digunakan untuk menarik pelanggan antaranya adalah selalu membuat promosi berterusan di semua platform media sosial seperti ‘Instagram’, ‘Facebook’ dan juga ‘Whatsapp’. Sekiranya dia ingin memperkenalkan ‘dessert’ baru yang dihasilkan olehnya seperti ‘pavlova’ contohnya, dia akan memberi ‘mini sample’ untuk dirasa kepada pelanggan semasa menerima tempahan. Pelanggan yang berpuas hati dan suka akan ‘dessert’ tersebut akan membuat tempahan berulang kali katanya. Sasaran pelanggan yang disasar olehnya adalah umum, namun dia lebih tertumpu kepada golongan kanak-kanak dan juga remaja. Ini kerana pendapatnya bahawa, golongan-golongan ini lebih gemar dan minat terhadap jenis ‘dessert’ yang dijual olehnya.

Memiliki empayar perniagaan sendiri adalah semua impian para usahawan. Dalam membina perniagaan hasil dari titik peluh sendiri bukanlah sesuatu pekara yang mudah, ini kerana banyak cabaran yang akan ditempuhi semasa mengembangkan dan memajukan perniagaan. Begitu juga dengan gadis berusia 21 tahun ini sudah pasti mendepani pelbagai cabaran semasa menguruskan perniagaanya. Cabaran utama yang dihadapinya adalah wujudnya persaing-persaing yang menjual produk dalam pasaran yang sama seperti perniagaannya. Walaupun mempunyai persaingan dalam pasaran yang sama adalah merupakan bentuk ancaman, namun dia menganggap persaingan akan menjadikan perniagaan dan dirinya lebih baik dan kuat. Analisis atau mengkaji persaingan adalah penting dalam mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pesaing. Malah ia dapat membantu mengenal pasti teknik pemasaran yang digunakan persaing bahkan dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Menurut Fatin, dia akan mempelajari semula apa yang telah dipelajarinya dan membuat penambahbaikan terhadap strategi perniagaanya. Dia turut berkongsi alternatif yang diambil bagi medepani cabaran tersebut seperti sentiasa mempromosi ‘dessert’ di media sosial dengan memilih waktu yang sesuai. Ini kerana kebanyakkan pelangganya adalah daripada golongan remaja yang masih belajar, jadi dia lebih mengetahui dan peka terhadap masa yang sesuai seperti setelah habis kelas bagi mempromosi ‘dessert-dessert’ tersebut.

Anak jati kelahiran Kulim, Kedah itu mengakui bahawa cabaran tinggal di kawasan yang agak terpencil merupakan salah satu cabaran dalam perniagaanya. Hal ini kerana, harga bagi sebiji ‘cheese tart’ yang dijual adalah RM1 lebih manakala di kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur boleh dijual dengan harga RM2. Jadi, ‘cheese tart’ dikawasannya tidak dapat dijual dengan harga yang agak tinggi menyebabkan keuntungan yang diperoleh tidak terlalu banyak tetapi mendapat balik modal katanya. Berbanding semasa dia berada di KL sebelum ini, dia dapat meraih untung yang agak lumayan. Menurutnya lagi, kawasan di tempatnya tidak banyak tempat untuk ‘market place’ seperti kedai ‘bakery’.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, dia mengakui bahawa dia memasang impian dan berangan-angan untuk membuka sebuah kedai ‘bakery’ sendiri. Bahkan dia juga bercita-cita untuk mempunyai cawangan di seluruh negeri sekiranya perniagaanya berkembang maju suatu hari nanti.

“Sebelum ini, Fatin pernah menerima tempahan ‘cheese tart’ bagi ‘door gift weeding’ jadi berkemungkinan Fatin tidak cukup tangan untuk menguruskan semuanya dan kalau ada rezeki untuk tahun-tahun akan datang, InshaAllah akan ada pekerja dan ‘bakery’ sendiri,” katanya.

Kunci utama sesebuah kejayaan dapat dilihat dalam diri seseorang seperti berani mencuba sesuatu yang baharu dan sentiasa yakin terhadap kebolehan diri. Itulah prinsip yang dipegang oleh Fatin dalam berusaha mengembangkan perniagaanya.

Katanya “jika kita hendak memulakan sesuatu itu, hendaklah dilakukan secara konsisten sekiranya ingin melihat hasil yang diusahakan itu mencapai kejayaan. Dia juga berpesan supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi tetapi usaha yang tinggi itu penting dalam mencapai setiap kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.