Home Inspirasi Niaga SIAPA KATA JURUJUAL TAK BOLEH JADI BOS – KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KEDAI...

SIAPA KATA JURUJUAL TAK BOLEH JADI BOS – KISAH KEJAYAAN USAHAWAN KEDAI ALAT TULIS

140
0

Oleh: MICHELLE LIM

Lim Toh Lee, 56, merupakan seorang usahawan yang membuka kedai alat tulis sejak tahun 1998 bertempat di Kuala Nerang, Kedah. Kedai alat tulis yang dibuka oleh beliau bernama KN Maju Trading. Pada tahun 90-an, pekan Kuala Nerang masih belum dikembangkan lagi dan beliau harap kedai yang beliau buka dapat memajukan pekan Kuala Nerang. Beliau telah membuka kedai 20 tahun ke atas. Perkara ini bukan senang bagi seseorang peniaga. Kejayaan dalam membuka kedai alat tulis telah membantu beliau mencapai keuntungan kasar bulanan RM15,000 sebulan.

Katanya, proses dari jurujual ke bos tidak mudah kerana beliau berhenti sekolah lalu terus bekerja pada umur 17 tahun. Beliau tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi seperti orang lain. Pekerjaan pertama beliau merupakan jurujual peralatan elektronik berjenama “Singer”. Kemudian, beliau menukar kerja sebagai jurujual alat tulis kerana beliau rasa bidang ini dapat diteruskan dengan masa yang panjang. “Pekerjaan jurujual sering dipandang rendah oleh masyarakat,” kata Lim Toh Lee. Beliau menghadapi banyak kesusahan semasa bekerja sebagai seorang jurujual. Tetapi sokongan keluarganya telah membantu beliau mengatasi kesusahan tersebut. Beliau mengatakan bahawa pekerjaan inilah yang menjadikannya siapa beliau sekarang.

Lim Toh Lee sedang menyusun alat tulis di kedainya. Foto oleh Michelle Lim

Beliau telah berkongsi beberapa ciri-ciri usahawan yang berjaya. Pertama adalah rajin, ianya merupakan elemen terpenting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau membuka kedai pada setiap hari kecuali cuti hari raya Tahun Baru Cina. Hasil dari kerajinan inilah menjadikan beliau salah seorang usahawan yang berjaya. Kedua, sikap tidak mudah putus asa juga merupakan salah satu elemen penting bagi seseorang usahawan. Beliau pernah menghadapi masalah kekurangan modal dan persaingan antara perusahaan yang sama. Namun, beliau tidak berputus asa sebaliknya memikirkan cara tersendiri untuk menyelesaikannya. Katanya, risiko pasti ada dalam sesebuah perniagaan, namun usahawan hendaklah bijak menyelesaikan masalah. Antara masalah yang sering berlaku adalah berkaitan dengan pelanggan, penghutang, pembekal dan sebagainya.

Salah satu cabaran besar yang di hadapi oleh beliau adalah kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau memerlukan jumlah wang yang agar besar untuk mengembangkan perniagaanya, tetapi di sebabkan oleh penghutangan (pelanggan) telah mengakibatkan perniagaannya tidak cukup modal. Jika bernasib baik pelanggan yang berhutang membayar balik hutangnya selepas beberapa bulan. Sama seperti orang lain, pandemik COVID-19 juga menjadi satu cabaran besar terhadap perniagaannya. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan beliau tidak dapat membuka kedai. Keadaan ini telah menjejaskan pendapatan bulanannya. Apabila kerajaan membenarkan peniaga-peniaga berniaga, beliau mengatakan bahawa pendapatan kedai lebih kurang berbanding dengan sebelumnya. Walaupun Pandemik COVID-19 telah menjejaskan perniagaan orang ramai, namun beliau tetap bersyukur kerana kedainya masih dapat beroperasi lagi.

Lim Toh Lee menunjukkan alat tulis yang dijual olehnya. Foto oleh Michelle Lim

Kedai beliau iaitu KN Maju Trading menjual pelbagai jenis alat tulis seperti fail, pen, pensel, buku dan beliau juga menerima tempahan dari koperasi-koperasi sekolah untuk membuat buku. Koperasi-koperasi sekolah juga akan menempah lencana dan tali leher sekolah dengan beliau. Bilangan tempahan dari koperasi sekolah menurun dengan banyak akibat pandemik COVID-19. Kerajaan mengumumkan sekolah hendaklah ditutup semasa pandemik COVID-19 telah mengakibatkan bilangan tempahan berkurangan.

Katanya, generasi muda yang ingin menjadi usahawan yang berjaya hendaklah rajin dan berani mengambil risiko. Sikap tidak takut menghadapi kesusahan juga merupakan elemen penting bagi menjadi usahawa berguna. Beliau juga mengatakan bahawa sifat berpandangan jauh juga penting kerana ia dapat membantu seorang usahawan merancang dan menganalisis perniagaannya. Generasi muda hendaklah mengambil peluang yang ada di depan mata dan sentiasa amanah agar berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Beliau menegaskan bahawa jangan memandang rendah terhadap orang lain, mereka tidak memahami apa yang anda sedang alami. Mereka yang ingin berjaya hendaklah bersusah payah dahulu barulah boleh berjaya pada masa hadapan. Beliau berharap perkongsian kali ini dapat memanfaatkan generasi muda yang ingin menjadi usahawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.