Home Inspirasi Niaga 10,000 Jutawan Suri Rumah Sasaran Sumosauna

10,000 Jutawan Suri Rumah Sasaran Sumosauna

585
0

Penulis: Muhamad Aizad Shahriel Bin Mohd Ridzuan

PEKAN NENAS – Nama diberi NORRIZAH HAZIRAH BINTI MAULANA, 32 tahun. Alumni pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bermulanya beliau dalam bidang perniagaan pada tahun 2013, dengan menjana pendapatan hanya menjadi dropship kecil-kecilan untuk beberapa produk. Pada masa itu, dropship ialah perniagaan tanpa modal untuk beliau melangsungkan kehidupan. Bermula dari situlah beliau memperolehi pengalaman dalam bidang perniagaan. Kini beliau telah berjaya menjadi ketua pegawai eksekutif The Sumo Group Sdn Bhd iaitu produk yang berjenama Sumosauna. Akan tetapi perjalanan meniti ke tahap itu tidak semudah yang disangka. Ini adalah kisah jatuh dan bangun beliau sebagai seorang usahawan berjaya dalam menempuhi bidang perniagaan.

Pada tahun 2015, beliau telah mengeluarkan produk pakaian baju kanak-kanak berjenama sendiri. Jualan bulanan ketika itu mencecah RM100,000 sehingga RM200,000. Namun, kemanisan yang dirasai ketika itu hanya seketika. 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 2017, beliau mengalami zaman kejatuhan yang amat perit umpama peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hal ini terjadi oleh kerana beliau tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk menguruskan selok belok aliran tunai secara efektif. Semangat beliau hilang untuk meneruskan perniagaan tersebut.

Semangat baharu menyinar semula pada November tahun 2018, dimana beliau bangkit dengan menjadi ejen produk Sumosauna. Sumosauna ini adalah set sauna (mandian wab herba) mudah alih. Sehingga beliau kini menjadi ketua pegawai eksekutif The Sumo Group Sdn Bhd. Pengalaman pahit masa lalu telah membuat beliau menimba ilmu yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan. Asal usul nama Sumosauna itu diberi sempena nama sumo iaitu sinonim dengan gambaran yang besar.

Gambar kedai Sumosauna di Pekan Nenas, Pontian, Johor

Perniagaan baharunya ini juga mempunyai cabaran tersendiri  terutama dalam memperkembangkan team, ejen dan leader agar mereka faham akan matlamat perniagaan untuk bersama-sama mencapai apa yang diidamkan.

Sebahagian gambar produk Sumosauna

Beliau merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Datuk Wira Haji Azizan Osman seorang usahawan yang berjaya dan dikenali, Alhamdulillah dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang ada, segala masalah dapat diatasi.

Onak, duri dan ranjau kehidupan masa lalu telah membuat beliau matang dalam perniagaan. “kalau satu hari nanti aku diberi peluang untuk buat perniagaan dan bantu orang lain, aku akan sama-sama bantu mereka untuk keluar dari zon kesusahan” ujar Norrizah. Alhamdulillah kini beliau sudah membantu lebih 3000 usahawan Sumosauna yang mana 90% adalah suri rumah. Lebih kurang 10 usahawan dibawah beliau telah mendapat pendapatan bulanan mencecah sebanyak 5 angka.

Beliau berpendapat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, nilai penting yang harus ada adalah 100% komitmen. Semua orang ingin berjaya, tetapi tidak semua boleh memberikan komitmen yang maximum. Juga, haruslah sentiasa bersikap positif kerana dalam bidang perniagaan semestinya akan menghadapi pelbagai dugaan, bermula dari langkah pertama hingga langkah-langkah seterusnya, beliau berkata “setiap ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita”.

Visi beliau dalam Sumosauna ini adalah untuk melahirkan 10,000 jutawan suri rumah pada tahun 2025, “By hook or by crook” tuturnya lagi. Hasrat beliau sekarang ini hanya untuk mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari bagi membantu mereka yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.