Home Inspirasi Niaga Cara/ teknik buat iklan menggunakan 5W 1H, iklan sempurna dan berkesan

Cara/ teknik buat iklan menggunakan 5W 1H, iklan sempurna dan berkesan

653
0
Oleh Baharim Sukari
Cara/ teknik buat iklan menggunakan 5W 1H, iklan sempurna dan berkesan 

Iklan merupakan penyataan-penyataan bertulis atau bergambar atau juga berbentuk video yang bertujuan untuk memperkenalkan atau menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang barangan dan produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat bertajaan kepada masyarakat atau pengguna.

Ia dilihat sebagai sebahagian dari strategi bagi menyampaikan maklumat, menarik perhatian, memikat pelanggan dan seterusnya menjurus kepada berlakunya penjualan (close deal).

Dalam memastikan iklan anda mencapai matlamat, beberapa perkara atau maklumat haruslah digabungkan di dalam iklan tersebut. Teknik 5W 1H adalah antara kaedah terbaik dalam pembuatan iklan anda.

  1. What? (Apakah?) – Produk atau perkhidmatan mestilah ditonjolkan dengan jelas dalam iklan anda, penggunaan gambar yang cantik dan jelas atau penggunaan video yang menarik dapat memikat dan mempengaruhi pengguna.
  2. Where? (dimanakah?) – Anda perlu mencari dan memilih tempat atau saluran  untuk anda meletak atau memaparkan iklan anda. Antara saluran yang boleh anda guna adalah seperti tv, radio, billboard, badan kenderaan dan sekiranya budget anda kecil, sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan platform digital atau media sosial kerana ianya percuma/ murah dan terbukti berkesan.
  3. When? (bilakah?) – Iklan yang mempunyai tarikh-tarikh tertentu seperti “tarikh tutup” atau promosi “tarikh mula dan akhir” perlu dinyatakan dalam iklan anda.
  4. Who? (siapakah) – Sasaran pengguna amat penting dikenalpasti terlebih dahulu, ini bagi memastikan penggunaan “langkah 2 (where?)” sesuai dan tepat sasaranya.
  5. Why? (mengapakah?) – Anda perlu menonjolkan ciri-ciri produk anda, apakah keistimewaan produk yang ditawarkan? Ini kerana pengguna bijak dan mempunyai banyak pilihan.
  6. How? (bagaimanakan?) – Penting untuk anda menyatakan bagaimana orang ramai boleh membeli produk jualan anda. Anda perlu memikirkan kaedah terbaik dan sentiasa memudahkan pelanggan dengan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu pemasaran dan pengiklanan atau memerlukan khidmat rundingan perniagaan, boleh terus klik link ini…  www.wasap.my/60173007878/@MN_berminat_khidmat_rundingan_iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.