Home Farming & Agriculture Penternakan ikan laut sangkar, Mohd Nazri usahawan berjaya di Tanjung Piandang

Penternakan ikan laut sangkar, Mohd Nazri usahawan berjaya di Tanjung Piandang

1204
0

Oleh: Baharim Sukari

Negara Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang masih terjaga, ini merupakan aset paling berharga dan perlu dijaga sebagai warisan generasi masa mendatang. Dengan terjaganya alam semulajadi ini, ianya juga boleh menjadi pembekal sumber makanan bagi manusia sejagat.

Kali ini krew M-Niaga berkunjung ke satu lokasi di Tanjung Piandang, daerah Kerian Perak di mana terdapatnya kegiatan penternakan ikan sangkar di laut. Kami mengunjungi seorang usahawan bernama Mohd Nazri bin Hussin. Beliau telah mengusahakan sangkar-sangkar ikan ini kira-kira dua tahun yang lalu.

Nazri mempunyai 100 petak sangkar yang berukuran 18’ X 18’ dengan memuatkan 3,000 ekor ikan di setiap sangkar. Jenis-jenis ikan ternakan beliau terdiri dari ikan merah, jenahak, kerapu, nyok-nyok dan siakap.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih… walaupun cabaran penternakan ikan sangkar ini besar, namun dengan berbekalkan semangat dan minat mendalam terhadap penternakan ini membuatkan Nazri terus “pandang depan”. Beliau merupakan satu-satunya penternak ikan sangkar Melayu di situ.

Selain penternakan ikan sangkar, Nazri juga bergiat aktif dalam kegiatan perniagaan lain seperti kedai Jubin dan hardware serta kontraktor binaan. Beminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi terus Nazri ke talian 017-538 9270

Kedai jubin dan hardware milik Nazri yang terletak di lokasi yang strategik memudahkan pengunjung datang membeli.
Nazri (kiri) ramah melayan kunjungan kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.