Home Business Telekung Selesa Berkualiti, Telekung Siti Khadijah sesuai dijadikan hadiah dan hantaran, Kebanggaan...

Telekung Selesa Berkualiti, Telekung Siti Khadijah sesuai dijadikan hadiah dan hantaran, Kebanggaan menjadi Produk Buatan Malaysia.

892
0

NAK, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah,” itulah antara kata-kata menyentuh emosi yang terpampang pada papan iklan di tepi jalan sehingga menjadi popular.

Pengasas Telekung Siti Khadijah iaitu Padzilah Enda Sulaiman berkata, slogan pada iklan itu ternyata berkesan tetapi ia bukan sekadar untuk membeli emosi pelanggan, tapi apa yang tersirat adalah peringatan buat semua supaya sentiasa mengambil berat tentang ibu bapa mereka.

“Ia mengingatkan anak-anak supaya ambil tahu. Dengan copy writing tu selain beli untuk mak dan buat mak gembira, sebenarnya mengingatkan anak-anak supaya teringat kat mak.

Ibu kepada enam putera ini berkata, nama Siti Khadijah atau SK diambil sempena srikandi Islam, Saidatina Khadijah yang juga merupakan isteri Nabi Muhammad SAW.

Menerusi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah), syarikat pengeluar telekung nombor satu negara itu turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah umrah dan haji. Antara produk lain termasuk pakaian, hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori untuk wanita muslim.

Bersandarkan tagline Siti Khadijah iaitu ‘Lambang Cinta Abadi’, ia sebenarnya menggambarkan cinta kepada insan bergelar ibu.

“Yang pertama cinta kepada Allah SWT, kedua cinta kepada ibu dan ketiga isteri. Gambarannya ialah apabila seseorang anak belikan telekung tu untuk ibunya, perasaan ibunya macam dapat gelang emas,” ujar Padzilah.

Mengimbas memori sedekad lalu, beliau yang mahir menjahit menceritakan mengenai seorang anak yang baru kematian ibunya di Bangi, Selangor pada awal perniagaannya bermula.

“Ketika itu hari Ahad, banyak kedai tutup untuk dia beli telekung buat urusan kain kapan jenazah ibunya. Jadi, dia beli telekung Siti Khadijah kerana kedai kami beroperasi pada Ahad.

“Dia berterima kasih kepada kami kerana ada kelengkapan untuk jenazah maknya. Dalam kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, pelanggan itu lega dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Selain itu, beliau dimaklumkan mengenai seorang pelanggan ke Tanah Suci Makkah dan sering diekori oleh seseorang sepanjang tempoh melakukan umrah yang tertarik dengan telekung jenama Siti Khadijah dipakainya.

Padzilah memberitahu, visi beliau sejak 10 tahun lalu untuk memartabatkan telekung ke peringkat lebih tinggi dan alhamdulillah, impiannya menjadi kenyataan.

Masyarakat kini tidak lagi memandang telekung sekadar dijual di pasar malam tetapi ia boleh didapati juga di butik-butik dengan membuktikan 30 cawangan butik Siti Khadijah setakat ini.

“Bagi 10 tahun akan datang, visi kami lebih besar iaitu kalau dahulu ia sekadar ibadah tetapi kini merangkumi gaya hidup Muslim. Kami kini mempunyai satu lagi jenama bawah SK.

“Kami mahu mengglobalkan gaya hidup Muslim, tetapi imej atau akhlaknya masih melambangkan Islam,” katanya sambil menambah Siti Khadijah telah menembusi pasaran Indonesia selain merancang untuk mengembangkannya ke Timur Tengah dan Arab Saudi.

Untuk melihat koleksi telekung yang mungkin menjadi pilihan anda, layari www.sitikhadijah.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.