Home Inspirasi Niaga KEJAYAAN USAHAWAN KEDAI RUNCIT – Karakter Penentu Kejayaan

KEJAYAAN USAHAWAN KEDAI RUNCIT – Karakter Penentu Kejayaan

426
0

KEJAYAAN USAHAWAN KEDAI RUNCIT – Karakter Penentu Kejayaan

Oleh Noorsyahira Sulaiman

Mohd Norfazlan bin Ismail, 31, telah terlibat dalam bidang perniagaan kedai runcit sejak setahun yang lalu iaitu bertempat di Jalan Pasir Mas, Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah memberi nama Ya Razak Enterprise sebagai nama syarikatnya yang memberi maksud kepada pembuka rezeki. Beliau telah memberanikan diri berbekalkan modal sendiri untuk menceburi bidang perniagaan kedai runcit walaupun banyak persaingan. Kejayaan dalam perniagaan kedai runcit ini, telah mencapai angannya untuk membuka kedai pakaian lelaki dan perempuan harga yang mampu milik. Kini, pendapatan kasar bulanan telah mencecah RM80,000 sebulan.

Katanya, rajin merupakan salah satu kunci penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Beliau juga berkata, sebelum memperoleh kejayaan seperti ini pelbagai halangan untuk mengusahakan kedai runcitnya itu. Namun, beliau tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perniagaan dan menjadikan halangan itu sebagai pedoman.

Karakter lain untuk menjadi usahawan yang berjaya juga adalah sentiasa berfikiran positif. Beliau berkata, seseorang itu harus menerima dan berfikiran positif dengan apa sahaja teguran atau kritikan daripada orang sekeliling. Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus maju. Ahli perniagaan juga semestinya sanggup menerima apa sahaja risiko yang mereka peroleh dalam mengusahakan perniagaan. Katanya, adat berniaga sememangnya ada untung dan rugi.

Disiplin diri juga antara karakter yang telah dijelaskan oleh Encik Norfazlan. Disiplin diri seperti mengurus masa dengan baik dalam menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan. Seseorang usahawan harus menjalankan sesuatu perniagaan dengan betul, cekap dan penuh berdisiplin. Usahawan perlu pandai menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan. Tidak lupa juga bahagian pengurusan wang. Semua ahli perniagaan mesti menguruskan kewangan dengan bijak. Katanya, perbelanjaan mestilah dirancang dengan sebaiknyadan tidak berbelanja melebihi kemampuan.

Perkongsian mengenai karakter untuk menjadi usahawan berjaya oleh Encik Norfazlan itu adalah sangat bermakna dan berguna kepada orang ramai. Beliau berharap perkongsiannya itu dapat membantu orang diluar sana yang ingin memulakan apa jua perniagaan. Beliau juga telah meluahkan rasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kerana mampu menampung keluarganya dari hasil perniagaannya dengan usaha beliau sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.