Home Food & Beverages Yana Jual Puding Raja Original Pahang Mendapat Sambutan Ramai

Yana Jual Puding Raja Original Pahang Mendapat Sambutan Ramai

597
0

Puding Raja pada asalnya adalah hidangan atau santapan pencuci mulut di istana, namun kini sangat popular di negeri Pahang.

Puding Raja dibuat mengunakan bahan-bahan berkualiti dan terpilih menjadikan hidangan ini sangat lazat dan sedap.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Puding Raja seperti jala emas (bahagian kuning telur itik + gula), pisang lemak manis goreng, buah prune, gajus dan cherry, manakala kuah Puding Raja menggunakan susu cair kastad.

Kemahiran yang dimiliki oleh Yana dalam pembuatan Puding Raja menjadikan ramai orang memilih untuk membeli berulang kali dari beliau. Tak hairanlah Yana Puding Raja dikenali di bandar Kuantan.

Yana (kanan) membuat penghantaran (COD) kepada pelanggannya

Kepada mereka yang berminat untuk mencuba atau membeli Puding Raja ini, boleh hubungi Puan Yana di talian 014-532 1558 atau wasap sahaja (klik di sini) YANA PUDING RAJA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.