Home Farming & Agriculture Cara Menyemai Dan Menanam Pokok Buah Tin Di Rumah

Cara Menyemai Dan Menanam Pokok Buah Tin Di Rumah

4062
0

Buah Tin (Fig) antara buah-buahan syurga, pokok yang berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat. Negara-negara pengeluar buah tin terbesar dunia seperti Turkey, Mesir, Algeria, Morocco dan lain-lain. Selain dari itu, pokok tin juga banyak diusahakan secara komersial di Amerika Syarikat, Brazil, China dan Jepun.

Siapa sangka pokok buah tin ini juga mampu hidup di negara kita Malaysia. Di negara kita penanamanya masih belum meluas, namun terdapat juga beberapa individu dan syarikat mengusahakannya secara komersial.

Rakyat Malaysia masih belum ramai yang mencuba menanan pokok buah tin di rumah, saya ada bertanya kepada beberapa orang rakan namun mereka memberi tahu bahawa keinginan untuk menanam itu ada tetapi untuk membeli anak pokok ini agak terlalu mahal. Harga anak pokok buah tin di antara RM80 hingga ke RM500 sepokok.

Memandangkan khasiat buah tin yang banyak serta harga buah tin yang mahal (dari RM80 ke RM150 sekilo), inilah yang mendorong saya untuk menanam pokok tin di halaman rumah. Saya memulakan penanaman ini dengan membeli sepohon pokok berharga RM80.

Penjagaan pokok ini mudah, hanya perlu menyiram sekali atau dua kali sehari. Apa yang paling penting adalah penggunaan media (tanah) dan baja. Tanah yang sesuai seperti tanah campuran organik amat diperlukan bagi memastikan pertumbuhan pohon tin manakala baja bio organic compost digunakan dengan tujuan untuk memastikan kesuburan pokok dan berbuah.

Mengapa kita perlu menanam pokok tin?

Buah tin dikatakan mengandungi mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin. Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin.

Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit. Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.

Oleh: Baharim Sukari | M-Niaga

 

TANAH CAMPURAN ORGANIKBAJA BIO ORGANIC COMPOST

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.