Home Education & Training BENGKEL ASAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HR)

BENGKEL ASAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HR)

362
0

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Para Majikan yang Di Hormati Sekalian

Nota ini ditulis dengan penuh dan sarat dengan pengalaman yang ingin kami luahkan khusus kepada majikan yang prihatin.

“Prihatin Kepada Pekerja Dan Perniagaannya Sendiri ”
Pengalaman kami selama 12 tahun di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia banyak mengajar hakikat sebenar apa yang berlaku di dalam industri di Malaysia ini. Pengalaman ini tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit hatta jutaan ringgit sekali pun.

Pengalaman kami selama 12 tahun kami berkhidmat dengan Jabatan Tenaga Kerja banyak yang kami temui. Pelbagai senario dan kes yang sering dihadapi oleh pemilik perniagaan dan juga pekerja itu sendiri terjadi kerana terdapat banyak salah faham dan salah urus tadbir lantaran tidak memahami tatacara urus tadbir yang sebenar.
Tidak kiralah saiz perniagaan atau perusahaan anda. Jika membabitkan pengurusan sumber manusia semuanya tertakluk kepada undang – undang dan akta.

Pengalaman kami sebagai Pegawai Pendengar di Mahkamah Buruh dan Pegawai Pendakwa di Mahkamah Majistret, menemui banyak isu-isu pemilik perniagaan yang keliru dengan pengurusan sumber manusia sehinggakan ada diantaranya terjerumus kepada masalah antara pekerja mereka dan pihak berkuasa. Perkara ini amat merugikan perniagaan anda dan sepatutnya boleh dielakkan.

Kesilapan biasa yang dilakukan oleh pemilik perniagaan tanpa mereka sedar ianya adalah kesalahan dari segi undang-undang termasuklah: –

1. Potongan gaji tidak sah
2. Gagal mematuhi perintah gaji minimum
3. Tiada daftar pekerja
4. Kontrak perkhidmatan tidak lengkap
5. Tidak mengambil kira bayaran insentif sebagai upah bagi bayaran kerja lebih masa
6. Gagal memberi salinan syarat-syarat perkhidmatan kepada pekerja
7. Gagal memberi penyata gaji kepada pekerja
8. Gagal mematuhi cara pembayaran gaji iaitu gaji dibayar secara tunai tanpa kebenaran
bertulis daripada pekerja
9. Gagal memberikan cuti sakit bergaji dan cuti tahunan kepada pekerja
10. Gagal melaporkan pengambilan dan penamatan pekerja asing
11. Gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji
12. Gagal membayar gaji kerja pada hari kelepasan am dan hari rehat mingguan
13. Membayar gaji lewat
14. Tidak membayar gaji kerja lebih masa
15. Tidak memberi 1 hari cuti rehat mingguan dalam tempoh seminggu bekerja

Kami faham situasi anda. Kami di HR RUNDING SDN BHD bersedia membantu anda. Bukan sahaja membantu segi membina sistem pengurusan HR anda. Tetapi memastikan segala aspek pengurusan sehingga pematuhan undang undang, kami akan bantu anda.
Kami percaya adalah satu tindakan tepat apabila anda buat keputusan dan beri peluang kepada diri sendiri untuk kami bimbing dan tunjukkan jalan bagaimana untuk mengembangkan bisnes anda dengan bina team yang kuat dan setia bersama anda.

Alhamdulillah kami bersyukur kerana diberi kekuatan dan peluang untuk membimbing dan berkosngsi pengalaman bersama para majikan untuk menguruskan sumber manusia (HR) dan team mereka dengan mengiikut undang-undang buruh.

Beri peluang pada diri anda untuk kami bantu dan kami doakan tindakan tersebut menjadi ‘turning point’ untuk anda ubah nasib bisnes, kekalkan kesetiaan dan kepercayaan team dan ia menjadi titik tolak kepada anda untuk capai lebih banyak kejayaan.

‘KEPAKARAN KAMI KELEBIHAN ANDA’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.