Home Inspirasi Niaga ‘Akak Gelang’ Raih Pendapatan Sambil Belajar

‘Akak Gelang’ Raih Pendapatan Sambil Belajar

314
0

 

Oleh : Zarina Zakaria

UPM SERDANG, Adirathna atau ‘akak gelang’, 22, yang digelar oleh pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan pelajar tahun 2 dan beliau sedang mengambil jurusan bachelor komunikasi.

Beliau merupakan anak jati Melaka dan menetap di Jasin. Beliau dikenali ramai oleh rakan niaga kecilan dengan menjual gelang maniknya.

Antara koleksi ‘Akak Gelang’

Perniagaan gelang manik yang diusahakan lebih dari 2 tahun ini dan masih mendapat sambutan dari para pelanggan. Beliau telah menjadikan perniagaannya sumber bagi menjana pendapatan atau ‘duit pocket’ yang baik di UPM.

‘akak gelang’ dikenali bukan sahaja untuk menjual gelangnya, malah membantu pelajar lain yang mempunyai masalah kekurangan wang dengan cara membantu mereka untuk menjual gelangnya.

“saya menjadikan perniagaan yang saya ceburi ini sebagai satu semangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan”, katanya dalam temubual yang diadakan pada 4 mac lalu. Beliau telah menjual gelangnya di setiap kolej malah menempatkan gelang maniknya di gerai-gerai tertentu.

Beliau mengatakan juga bahawa beliau amat menitik berat nilai disiplin dalam menguruskan diri dan masa beliau. “saya tetap pergi ke kelas dan pada waktu lapang, saya akan membuat pelbagai corak atau bentuk gelang yang bervariasi”. Pada masa atau waktu lapang dan kebiasaannya pada hujung minggu, beliau akan menghantar gelang-gelang yang ditempah kepada pelanggan.

Itulah semangat yang dibawa oleh anak muda ini dalam menguruskan perniagaannya. Harapan ‘akak gelang’ pada masa akan datang adalah dapat membuka sebuah kedai perhiasan dan mendapat sokongan hebat daripada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.