Home Education & Training PONDOK RAHMAT PROJECT & PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH), KOLEJ KOMUNITI...

PONDOK RAHMAT PROJECT & PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH), KOLEJ KOMUNITI ROMPIN.

696
0

 

PONDOK RAHMAT PROJECT & PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH), KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) TVET@Tahfiz bagi mendedahkan pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran. Persaingan tinggi dalam dunia pekerjaan menuntut pembaharuan dalam bidang pengajian tahfiz, antaranya melengkapi pelajar dengan nilai tambah dalam bidang berasaskan VOKASIONAL. Program ini merupakan kolaborasi PONDOK RAHMAT PROJECT bersama Kolej Komuniti Rompin.

Pada 16 Februari 2019 telah berlangsung 4 kursus PISH yang melibatkan 2 buah pusat tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Al-Jauhari dan Maahad Tahfiz Ar-Rayyan

MAAHAD TAHFIZ AL-JAUHARI , KUALA ROMPIN.

Kursus TVET @Tahfiz : SISTEM AKUAPONIK merupakan kursus BERMODULAR yang dimulakan dengan 2 (DUA) kursus asas iaitu:

1. Kursus Penggunaan Peralatan Tangan
2. Kursus Asas Welding MIG

Tenaga Pengajar : Pensyarah-pensyarah, KKRP
Jumlah peserta : 20 orang

Kursus bermodular ini akan bersambung pada minggu hadapan.

MAAHAD TAHFIZ AR-RAYYAN, KERATONG

Pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz ini begitu teruja untuk menyertai kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti Rompin. 2 (DUA) kursus pendek yang telah diikuti oleh pelajar adalah seperti berikut:

1. Kursus Asas Pemeriksaan Kenderaan
2. Kursus Asas KomputerTenaga Pengajar : Pensyarah-pensyarah, KKRP
Jumlah peserta : 35 orang

Diharap Program TVET@Tahfiz ini dapat memberi manfaat kepada para peserta yang terlibat. Ini bertujuan bagi memastikan pelajar tahfiz yang dilahirkan dalam sistem TVET ini mampu untuk menembusi dunia pekerjaan dan kita juga dapat melahirkan golongan huffaz profesional. Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.