Home Beauty & Health Sebut saja Angio Jus, Sarah dedah rahsia singkir kolestrol jahat dan cegah...

Sebut saja Angio Jus, Sarah dedah rahsia singkir kolestrol jahat dan cegah jantung tersumbat

771
0
Sarah (kiri) bersama ibunya Pn. Noor Hasliza Husin sentiasa berganding bahu dalam memasarkan produk keluaran mereka

 

Sebut saja Angio Jus, Sarah dedah rahsia singkir kolestrol jahat dan cegah jantung tersumbat

Sebut sahaja nama Angio Jus, sudah pasti ada di kalangan pengguna terfikir ia adalah produk berkhasiat import. Namun, apabila diteliti botol dan label produk tersebut, ternyata ia adalah jus keluaran anak watan. Angio membawa maksud empulur darah. Hasil formulasi campuran ekstrak pati halia, pati bawang putih, lemon, cuka epal, madu dan gam arab, Angio Jus adalah campuran minuman botani yang berupaya untuk singkir kolesterol serta meredakan sakit-sakit badan, buang angin, melancarkan perjalanan darah, sebagai agen detox dan formulasi terkini dengan penambahan Arabic Gum yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi dan memelihara  buah pinggang dari kerosakan.

Menjadi kebanggaan pengurus syarikat Mintech Industries Plt, Cik Nur Muyasarah Mohd Azmin, atau lebih mesra dipanggil Sarah, beliau berhasrat untuk terus membantu ramai orang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat secara semulajadi dan mengembangkan perniagaan produk Angio Jus selepas menerima respon dan jualan yang memberangsangkan.

Sarah ketika ditemui memberi penerangan tentang khasiat produk Angio Jus

Berbekalkan ijazah yang diperoleh dalam bidang Bio-Informatics di MMU Melaka pada 2015, Sarah yang kini berumur 25 tahun sudah berkecimpung dalam bisnes jus ini meneruskan legasi bisnes ibunya, Pn. Noor Hasliza Husin. Walaupun baru setahun jagung, Sarah banyak belajar selok-belok perniagaan minuman campuran botani ini dari pengalaman bekerja di tempat beliau membuat latihan industri. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Menjadikan ibunya sebagai mentor, Sarah sentiasa menyanjungi ibunya yang sudah lama berniaga secara offline dan online dan kini membimbing beliau skil keusahawanan dan seterusnya mentadbir syarikat. Menjadi hasrat ibunya agar suatu hari nanti, Sarah bakal menjadi ketua pegawai operasi untuk Mintech Industries Plt yang kini telahpun mempunyai 5 orang staf, satu kilang pemprosesan dan pejabat pentadbiran yang terletak di Bukit Jelutong.

“Kita kena belajar banyak benda. Dan kena belajar sendiri. Saya cari ilmu tentang penjenamaan, pemasaran dan perakaunan untuk uruskan bisnes. Saya dapati berniaga bisnes tudung dan buat jus amat berbeza. Oleh itu, kita kena cari guru untuk membimbing kita. Sebab itu saya sanggup melabur untuk memasuki kursus keusahawan seperti seminar Irfan Khairi, Dr Azizan Osman dan Sifu Jamal untuk belajar cara cara untuk pasarkan produk secara offline dan online,” ujar Sarah yang sangat teruja dengan bisnes jus yang diceburinya.

“Bisnes Angio Jus ini adalah selepas ibu saya menceburi pelbagai bisnes lain. Dulu mummy jual macam-macam. Sarah ikutkan saja. Keluarga kami bukan orang senang. Semasa masih di Universiti lagi saya sudah mula berniaga tudung dan jubah secara dropship untuk mencari duit poket dan belajar selok-belok berniaga,” jelas Sarah yang hanya menfokuskan satu produk Angio Jus dulu buat ketika ini selepas menjual pelbagai produk lain yang telah melambak di pasaran.

Angio Jus adalah hasil dari formulasi campuran ekstrak pati halia, pati bawang putih, lemon, cuka epal, madu dan gam arab

“Saya mula percaya pada khasiat Angio Jus ni selepas saya terlibat dalam kemalangan kecil. Anggota badan saya terpaksa dibedah. Setelah saya mengamalkan minum jus ini, saya dapati luka saya cepat sembuh. Sebab itu saya mahu kongsi pengalaman saya ini,” kata Sarah yang cuba meyakinkan khasiat Angio Jus bukan sahaja boleh singkirkan kolesterol dan cegah jantung tersumbat malah ia juga boleh merawat pelbagai penyakit lain. Ternyata ramai yang memberi testimoni positif setelah mereka mengamalkan jus tersebut.

Di masa akan datang, Mintech Industries Plt bakal melancarkan satu lagi produk baru iaitu Jus Anorama portmentau  gabungan nama daun Anona (buah durian belanda) dan daun Rerama. Sarah berharap produk ini akan menerima tempahan yang tinggi juga disebabkan khasiat buah durian belanda yang dipercayai ramai boleh merawat sakit kanser.

“Saya akui bahan untuk hasilkan jus ini bukan murah. Barang mentah pula harganya naik turun dan boleh dikatakan semuanya adalah bahan bahan yang diimport dari luar negara. Jadi saya mendapat nasihat dari pembekal untuk membeli secara pukal dan meletakkan buffer untuk harga jualan produk agar tidak menjejaskan bisnes. Apa pun hasilnya, prinsip saya ialah saya kena redha dan berlapang dada serta tawakkal atas segala usaha,” ujar Sarah sebagai tip menjalankan bisnes nutrisi sebegini. Hinggakan, kadangkala beliau terpaksa menghantar sendiri produk hingga larut malam terus ke pelanggan berdekatan sekiranya ada yang memerlukan tempahan pada kadar segera. Bagi Sarah, customers always come first.

“Bukan apa. Piagam customers are always right itu selalu terjadi. Ada pelanggan yang datang balik untuk memberi komen yang pelbagai. Ada yang cepat memberi kesan, ada yang lambat, dan ada pula yang tiada tindakbalas. Hal ini kerana sistem badan dan tindakbalas setiap individu adalah berbeza. Saya cuma sarankan mereka kena terus amalkan peminuman jus ini dengan disiplin dan jangan putus asa. InsyaAllah akan ada hasilnya dengan izin Allah” saran Sarah kepada mereka yang baru saja mencuba jus mujarab ini.

Sarah sering menyertai pameran & jualan dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan produk Angio Jus kepada orang ramai

Sarah bakal menjelajah ke seluruh negeri pada tahun 2018 ini untuk mendampingi para pengguna untuk berkempen tentang khasiat Angio Jus. Pemasaran secara ground event ini mendapat sokongan padu dari Dato Rozali Che Pin dari SME Link, sebuah kelab usahawan IKS. “Saya akui kekangan modal adalah satu isu utama dalam perniagaan ini. Sebab itu, saya kena pastikan saya kena berusaha keras untuk terus berjaya,” tegas Sarah yang juga mendapat sokongan dari program Groom Big anjuran SIRIM dan MITI, bagi memastikan penjenamaan Angio Jus ini dapat berkembang maju untuk pasaran yang lebih meluas lagi. Ini bagi membolehkan Mintech Industries Plt melaksanakan proses pemasaran, pengambilan lebih ramai agen, pembelian mesin untuk peningkatan produktiviti serta memohon sijil-sijil tertentu untuk melayakkan produk syarikat untuk pasaran eksport ke luar negara.

Buat para usahawan yang ingin menceburi bidang nutrisi pemakanan sebegini, Sarah terbuka hati untuk berkongsi prinsip hidup agar sesiapa saja terutama para belia boleh berjaya seperti beliau. Kejayaan lazimnya dilihat dari produk akhir, namun di sebalik kejayaan, pasti ada proses yang harus dilalui. Begitu juga dengan kehidupan di mana setiap orang adalah berbeza. Lain orang, lain liku liku hidupnya. Oleh itu, lihatlah pada keupayaan kita sendiri untuk mencapai matlamat kita sendiri dan teruslah berusaha tanpa putus asa.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen, boleh terus menghubungi Sarah di talian 013-208 7807

Oleh Hezle Helan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.