Home Event Support Stesen Keretapi (lama) Bukit Berapit Berpotensi Sebagai Tempat Pelancongan – Diwarta Warisan...

Stesen Keretapi (lama) Bukit Berapit Berpotensi Sebagai Tempat Pelancongan – Diwarta Warisan Negara

1605
0
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (empat dari kanan) turut serta dan merasmikan Program Kelestarian Warisan Alam 2018 - Stesen Keretapi Bukit Berapit

 

Stesen Keretapi (lama) Bukit Berapit Berpotensi Sebagai Tempat Pelancongan – Warisan Negara

Padang Rengas – 3 Mac 2018, Program Kelestarian Warisan Alam 2018 telah dilangsungkan di Stesen Keretapi (lama) Bukit Berapit mendapat perhatian dan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan apabila menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mewartakan ianya sebagai warisan negara.

Datuk Seri Mohamed Nazri berkata stesen keretapi yang telah tidak diguna sejak tahun 1989 ini diwartakan sebagai warisan negara agar usaha untuk memelihara dan memulihara dapat dilaksanakan dan menjadikan ianya sebagai salah satu produk pelancongan baharu.

Datuk Seri Mohamed Nazri turut menanam pokok dalam usaha memulihara alam

Menurut beliau, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara akan berkerjasama dengan Perbadanan Aset Keretapi untuk membaiki semula dua bangunan yang terdapat di situ. Tambah beliau setelah bangunan ini siap diperbaiki, kementeriannya akan mengadakan beberapa siri program untuk mempromosi stesen berkenaan serta kawasan sekitar seperti air terjun dan empat terowong keretapi Bukit Berapit yang dibina pada tahun 1905.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut merasmikan Program Kelestarian Warisan Alam 2018 ini, program dianjurkan oleh Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM).

Presiden WASM, Puan Sri Datuk Dr Aishah “langkah mewartakan Stesen Keretapi Bukit Berapit amat tepat dan amat dialu-alukan oleh pertubuhan serta penduduk setempat”
Pelancong dari Korea dan Jepun turut serta dalam Program Kelestarian Alam 2018
Cabutan bertuah antara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung
Datuk Seri Mohamed Nazri menandatangi “I WAS @ BERAPIT” (hadiah iringan kepada pemenang pertandingan fotografi
Pemandangan Stesen Keretapi Bukit Berapit – gambar yang dirakam oleh peserta Pertandingan Fotografi “I WAS @ BERAPIT”
“Lubang Gelap” (terowong keretapi (lama) Bukit Berapit – gambar yang dirakam oleh peserta Pertandingan Fotografi “I WAS @ BERAPIT”
Terowong Keretapi (lama) Bukit Berapit, pemandangan dari luar – gambar yang dirakam oleh peserta Pertandingan Fotografi “I WAS @ BERAPIT”

 

Oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.