Home E-Magazine E-MAJALAH MINDA NIAGA | EDISI KHAS OKT 2017

E-MAJALAH MINDA NIAGA | EDISI KHAS OKT 2017

893
0

E-MAJALAH mindaniaga

EDISI KHAS OKT 2017

Kandungan

  • WAWANCARA EKSKLUSIF BAHARIM SUKARI (SC CREATIVE SOLUTIONS SDN BHD)
  • Lui Farm STREAM (∙Seminars ∙Training Retreat ∙Exhibitions ∙Activities ∙Meeting)
  • Kitaran Hayat Produk – Tip Perniagaan
  • Facing the Odds – The trinkets of a Trainpreneur…
  • Web Berjaya bermula dengan modal RM500
  • JANA pendapatan dari hobi!
  • Nang Ori: Bebaskan diri dari kesusahan, jalankan perniagaan

Nota Editor
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perkenalan serta pengenalan dari Sidang Pengarang e-Majalah MindaNiaga kepada para pembaca yang dimuliakan.

Sememangnya majalah seperti ini sudah lama dinanti-nantikan terutamanya oleh para usahawan khususnya usahawan-usahawan muda yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan samada off mahupun online memandangkan dunia perniagaan menjadi semakin kompetitif, inovatif dan sangat mencabar.

Fokus utama e-Majalah ini ialah untuk memberi maklumat terkini mengenai dunia keusahawanan dan kaedah-kaedah serta tips yang ringkas, mudah dipraktikkan dan berguna untuk para usahawan.

Tidak dinafikan bahawa sudah banyak majalah-majalah yang seumpamanya diterbitkan untuk memenuhi kehendak dan citarasa para usahawan yang dahagakan ilmu yang bermanfaat dalam memula ataupun meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Oleh yang demikian, kami akan berusaha untuk menghidangkan artikel-artikel serta tips yang dapat membantu dan memberi nafas segar kepada semua para pembaca dari setiap lapisan masyrakat dan menjadikan e-Majalah ini sebagai wadah serta gedung ilmu yang dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kelak.

Sebagai mukaddimah, edisi sulong ini memaparkan bahan-bahan dari Sidang Pengarang yang masing-masing sudah melalui bidang kerjaya dan bidang keusahawanan yang pelbagai yang in shaa Allah dapat memberi input yang berguna dan bermanfaat kepada para pembaca.

Kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas samada positif mahupun yang berbentuk kritikan yang membina sebagai input untuk kami menambahbaik majalah ini demi kemaslahatan semua pihak. Kami juga turut mengalu-alukan artikel-artikel dan bahan-bahan untuk sesuai dan memenuhi kehendak serta spesifikasi untuk dimuat dan diterbitkan dalam edisi-edisi akan datang.

Semoga e-Majalah ini akan terus berkembang dan menepati selera, kehendak dan tuntutan para pembaca dalam menjadikan bidang keusahawan bukan sahaja sebagai wadah untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi juga sebagai platform untuk menimba dan berkongsi ilmu serta sebagai peluang memenuhi tanggungjawab sosial bersama.

Kami mendoakan semua pembaca terutamanya para usahawan akan dapat menggapai dan mencapai kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan dalam apa jua bidang yang diceburi selagi mana ianya menepati konsep ‘halalan thoyibban’.

Salam Usahawan
Ilmu Lengkap, Usahawan Cekap, Ekonomi Mantap
Hisham (Champ) Hussain

Email: editor@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.