Home Clothing & Fashion Acc. Kurta vs. Baju Melayu, apa pendapat Anda?

Kurta vs. Baju Melayu, apa pendapat Anda?

2645
0

Kurta (bahasa Bengali: কুর্তা (পাঞ্জাবী), Persia/Urdu: کُرتا, Hindi: कुरता, diucapkan [ˈkʊrta]; atau kurti untuk versi yang lebih pendek) adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka. Kurta adalah pakaian yang longgar yang bagian bawahnya bisa mencapai lutut. Kurta dipakai oleh pria dan wanita. Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama), salwar, churidar, atau dhotis;[1] namun pada masa modern, kurta juga sering dipakai bersama jins.[2] Kurta dipakai dalam kegiatan sehari-hari maupun dalam acara formal.

Perempuan sering memakai kurti sebagai blouse, dan dipadupadankan dengan jins.[2]Kurta jenis ini biasanya lebih pendek dan lebih ringan. Pria juga memakai kurti, umumnya bersama jins.

Kurta impor pernah populer pada 1960-an dan 1970-an, dan kini mulai populer lagi.

Kurta formal biasanya dibuat oleh para penjahit Asia Selatan dengan bahan yang dibawa oleh sang pelanggan. Orang-orang di luar Asia Selatan dapat membeli kurta di toko pakaian Asia Selatan atau memesan dari pengecer.

?Sumber Wikipedia

 

******************************

KURTA MENJADI ANTARA PAKAIAN PILIHAN ORANG MELAYU, MENGAPA?

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Di Malaysia Kurta dan Kurti telah menyerapi dan diterima oleh masyarakat Melayu sejak kebelakangan ini. Pakaian ini telah menjadi pesaing kepada pakaian traditional kita,  Baju Melayu atau di Johor juga dipanggil Baju Kurung.

Mengapa Kurta boleh diterima oleh pelbagai peringkat umur termasuk golongan muda?

Ada antara pemakai Kurta berpendapat, mereka suka dan memilih kurta kerana ianya lebih ringkas dan selesa bila dipakai. Ianya boleh digayakan dengan seluar jean atau slack, ini lebih simple dan sesuai dengan pemakai yang aktif.

Berikut adalah hasil tinjauan di pusat membeli belah Bangi Gateway, dari temubual MN dengan orang ramai di booth jualan sempena bulan Ramadhan mendapati rata-rata pembeli Kurta mempunyai pendapatnya tersendiri. Berikut ini adalah pendapat terhadap pamakaian kurta;

Muhammad Afiq dari Bandar Baru Bangi,  “saya ingin membuat kelainan tahun ini, biasanya saya memang memakai Baju Melayu di pagi raya tapi kali ini memilih kurta kerana design yang simple, kain lembut dan sejuk, selain itu kurta menjadi trend pilihan ramai masa kini.”

 

Iqbal sedang memilih kurta di salah sebuah gerai jualan di Bangi Gateway.

 

Iqbal (kanan) & Faiz – dari Pasir Mas datang untuk membuat persiapan raya di Bangi berpendapat “senang dipakai,  simple,  design terkini dan kelainan membuatkan saya memilih kurta.”


En Mohd Suriani – “saya memilih kurta kerana baju ini sesuai dipakai setiap hari manakala Baju Melayu hanya diguna pada majlis-majlis tertentu sahaja.”

 

Azizi meneliti terlebih dahulu kurta sebelum dibeli untuk memastikan ianya berkualiti dan selesa apabila dipakainya kelak.

 

Azmi dari Bangi

Bagi pendapat Azmi dari Bangi,  beliau memilih kurta kerana design yang menarik,  trend terkini dan selesa dipakai,  namun beliau tetap menjadikan Baju Melayu pilihan utama di pagi raya.

Azmi dan keluarga dari Melaka

En Azmi dan keluarga dari Melaka menjadikan kurta sebagai pakaian pilihan yang akan mewarnai hari Lebaran tahun ini. “Saya memilih kurta kerana anak-anak saya suka, ianya adalah trend masa kini,  ringkas dan selesa dipakai.”

Hamid (Kanan) dari Mindanao, Filipina dan anak saudara beliau Mushriff Abraham (kiri)

Hamid (Kanan) dari Mindanao, Filipina yang kini dalam pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Pertanian di UPM, mencadang dan memperkenalkan Baju Melayu kepada anak saudara beliau Mushriff Abraham (kiri) yang menetap bersama keluarganya di New York. Datang ke Malaysia semata-mata untuk membeli pakaian traditional Melayu selain berjumpa bapa saudaranya itu, Mushriff membeli tiga pasang Baju Melayu, samping dan songkok adalah untuk beliau, ayah dan adiknya. Pakaian ini akan dipakai di New York pada Hari Raya pertama yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mereka memilih Baju Melayu kerana mahukan identiti bangsa Melayu dipamerkan pada Hari Raya di sana nanti.

Abu Khair pemilik Butik D’Khair Collection, pengeluar dan penjual baju Melayu dan Kurta jenama DK

Abu Khair pemilik perniagaan D’Khair Collection (www.d-khair.my), penjual Baju Melayu dan kurta berpendapat, permintaan kurta pada masa kini amat menggalakan, sebagai seorang usahawan beliau tidak terlepas untuk mengambil peluang menjual pelbagai jenis kurta di butik-butik dan booth jualanya yang terletak di Kompleks PKNS Bangi (tingkat 1),  Level G Bangi Gateway (Bangi Street)  dan Masjid Hassanah Bandar Baru Bangi.

Gambar kurta di atas adalah antara koleksi kurta jenama DK yang paling laris

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.