Home Inspirasi Niaga Pakaian Sukan Inspirasi Muslimah

Pakaian Sukan Inspirasi Muslimah

613
0

Oleh Nur Huda & Eka Syazwani

Memulakan perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah, namun cabaran demi cabaran yang harus ditempuh itu lah yang menjadi punca kekuatan pengusaha Danisya Muslimah Sportswear, Md Ilham @ Ng Yeou Huat dalam meletakkan ilham pakaian sukan untuk muslimah dalam syarikatnya agar dikenali ramai. Walaubagaimanapun, jika ingin membahaskan tentang cabaran-cabaran yang perlu diatasi oleh Danisya Muslimah Sportswear agak sedikit kerana perniagaan yang dijalankan mulai  November 2016 masih dalam kategori awal pembelajaran dimana banyak perkara-perkara yang pengasas syarikat ini sendiri harus bersiap sedia untuk menghadapi rintangan pada masa-masa mendatang.

Danisya Muslimah Sportswear merupakan sebuah syarikat pengeluar di Malaysia yang menyediakan pakaian sukan untuk wanita Islam, koleksi pakaian mereka dicipta berdasarkan pakaian kontemporari dan eksklusif tanpa mengabaikan syariah penjagaan aurat wanita dalam berpakaian.Disamping itu , Danisya Muslimah Wear juga menawarkan pakaian sukan untuk lelaki , kanak-kanak dan menawarkan perkhidmatan  ‘printing ‘ sebagai kepelbagaian perniagaan .

Pemilihan pakaian sukan bagi muslimah boleh dikatakan agak sukar, ini kerana penjagaan aurat harus dijaga, oleh itu dengan adanya idea daripada pereka Danisya Muslimah Sportswear ini, syarikat ini bukan sahaja menyediakan pakaian yang bersesuaian, malah pakaian mereka juga selesa dan mampu dimiliki oleh setiap golongan.

Bercerita mengenai permulaan awal perniagaan mereka, syarikat yang baru sahaja dibangunkan ini melalui proses yang sukar. “Pada awalnya, kita susah untuk membangunkan perniagaan ini kerana faktor persaingan daripada banyak syarikat pengeluar baju sukan yang terlebih dahulu sudah mencipta nama”, katanya.

Namun begitu, mereka terus bangkit dengan meneruskan cetusan-cetusan idea dalam mencipta pakaian dan usaha mempromosi jenama mereka di seluruh Malaysia juga dipertingkatkan. Danisya Muslimah Wear kini sedang dalam proses mengeluarkan produk baru iaitu pakaian renang untuk muslimah dan produk ini bakal dipasarkan tidak lama lagi. Tambah beliau lagi “ Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan , jika ingin memulakan perniagaan, teruskan dengan idea-idea anda disamping membuat beberapa kajian tentang pasaran masa kini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.