Home Clothing & Fashion Acc. Ramadhan Fiesta 2017 mula diserbu pengunjung

Ramadhan Fiesta 2017 mula diserbu pengunjung

487
0

28 Mei, Bandar Baru Bangi – Tinjauan MN di pusat membeli-belah Bangi Gateway mendapati rata-rata orang ramai telah mula membuat persiapan hari raya walaupun Ramadhan baru sahaja memasuki hari kedua.

Ramadan Fiesta 2017 yang berlangsung di sini menyediakan lebih 200 bazar Ramadhan yang menjual pelbagai barangan keperluan terutamanya pakaian dan kuih-muih.  Tidak hairanlah Bangi dikunjungi orang ramai, bukan sahaja penduduk setempat, malah ada yang ditemui datang dari luar seperti dari Rawang, Sungai Buluh, Port Dickson, Batu Pahat dan sebagainya.

Bagi D’khair Collection yang terletak di Bangi Street Bangi Gateway tidak ketinggalan membuat potongan-potongan harga bagi memuaskan hati pelanggannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.